Berita Harian

PETRONAS terus perkasa integriti menerusi CIAP

-

PETRONAS terus meningkatk­an aktiviti pendidikan dan komunikasi bagi memperkasa­kan aspek integriti menerusi edisi terbaharu Program Sokongan Integriti Korporat (CIAP) untuk kalangan pengurusan kanannya.

Bertemakan ‘Liabiliti Korporat - Satu Perubahan Landskap Integriti Korporat,’ CIAP 2019 yang diadakan kelmarin, mengutarak­an perubahan dalam landskap berkenaan selepas klausa liabiliti korporat dimasukkan dalam Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018.

Menurut kenyataan PETRONAS semalam, klausa itu membabitka­n liabiliti ke atas syarikat serta liabiliti peribadi yang tegas terhadap pegawai serta barisan pengurusan kanan.

Sifar rasuah

“Ia turut meliputi jangkauan lebih besar kerana membabitka­n syarikat tempatan yang diperbadan­kan serta perkongsia­n atau kerjasama selain syarikat dan perkongsia­n diperbadan­kan asing dengan perniagaan di Malaysia,“kata kenyataan itu.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan dan Penasihat Undangunda­ng Kumpulan PETRONAS, Maliki Kamal Mohd Yasin, yang mewakili syarikat pada acara terbabit, membangkit­kan toleransi sifar kumpulan terhadap perbuatan rasuah yang menjadi teras bagi mengekalka­n budaya beretika dan mematuhi undang-undang yang terbukti membawa banyak manfaat.

Ketua Pegawai Integriti PETRONAS, Datuk Rohaizad Yaakob, berkata klausa liabiliti korporat itu memerlukan semua organisasi komersial mengambil langkah tegas bagi memastikan perniagaan mereka tidak terbabit dalam amalan rasuah.

Pada Jun 2017, pihak Pengurusan PETRONAS menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (CFP) bagi memperkuku­h usaha syarikat itu menjadi sebuah organisasi yang bebas rasuah.

PETRONAS turut menjadi antara syarikat pertama di Malaysia yang menerima pensijilan ISO 37001:Sistem Pengurusan Antirasuah.

Selain itu, PETRONAS turut melanggan Akta Rasuah United Kingdom 2010 (UKBA) - salah satu undang-undang antirasuah yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa selain melaksanak­an langkahlan­gkah wajar yang ditetapkan oleh dokumen itu. BERNAMA

 ??  ?? Rohaizad Yaakob
Rohaizad Yaakob

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia