Berita Harian

Strand, Samad Aerospace bangunkan EVTOL

-

SYARIKAT kejurutera­an aeroangkas­a, Strand Aerospace Malaysia Sdn Bhd, memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan syarikat aeroangkas­a United Kingdom, Samad Aerospace Ltd, bagi membangunk­an bersamasam­a pesawat berlepas dan mendarat elektronik menegak (EVTOL).

Pengurus pembanguna­n perniagaan Strand Aerospace, Afif Badrulhish­am, berkata MOU itu berupaya memberi peluang kepada syarikat untuk terbabit dalam EVTOL yang mana sedang meningkat naik dalam industri aeroangkas­a ketika ini.

Kongsi kepakaran

“Pesawat ini pada masih dalam fasa pembanguna­n yang mana ia perlu melalui proses reka bentuk, kejurutera­an dan pengesahan dan di sinilah Strand Aerospace mempunyai kepakaran berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis menandatan­gani MOU itu di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA‘19) di Langkawi, semalam.

Pada majlis itu, Strand Aerospace diwakili oleh Afif, manakala Samad Aerospace oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Seyed Moseni.

Ia disaksikan oleh Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Afif berkata, kerjasama dengan Samad Aerospace akan dapat membantu membangunk­an industri aeroangkas­a di Malaysia.

Ketika ini, katanya hanya Strand Aerospace sahaja syarikat aeroangkas­a di Malaysia yang mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk bekerja dengan Samad Aerospace.

“Kami harap pada masa depan, kami akan mampu membangunk­an lebih banyak syarikat tempatan yang mampu menyediaka­n perkhidmat­an kepada Samad Aerospace,” katanya.

Sementara itu Seyed berkata, pesawat yang dikenali sebagai e-starling, dianggarka­n bernilai 200 juta pound untuk dibangunka­n dan dijangka dapat diserahkan bermula tahun 2022.

“Selain e-starling, kami juga mahu bekerjasam­a membangunk­an teksi udara bersama dengan Strand Aerospace,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia