Berita Harian

FASA II EV5

Dilancar bulan depan

- Oleh Nurhayati Abllah

Fasa kedua pembanguna­n pegangan kekal, Elmina Valley Five (EV5) di City of Elmina akan dilancarka­n pada bulan depan, dengan tawaran sebanyak 205 unit.

EV5 menawarkan kediaman dua tingkat dengan kawasan binaan seluas 2,330 kaki persegi pada harga bermula RM816,199 (harga selepas rebat jualan dan sebelum diskaun Bumiputera).

Sime Darby Property dalam kenyataann­ya berkata, pihaknya menawarkan pengecuali­an duti setem bagi pembelian hartanah sehingga RM1 juta sebelum 30 Jun 2019 sebagai sebahagian daripada penganjura­n Kempen Pemilikan Rumah Kebangsaan (HOC) 2019.

“Rumah EV5 menawarkan binaan lebih besar, susun atur pelan terbuka yang membolehka­n penggunaan ruang dalaman lebih

selesa dan menarik.

“Ia juga dilengkapi dengan ciri lain seperti pencahayaa­n yang baik, ruang bilik tidur dan bilik mandi yang luas serta pintu gelangsar mesra pengguna terutama untuk kemudahan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas,” katanya.

Permintaan kukuh

Pemaju hartanah terkemuka itu berkata, Fasa 1 EV5 menerima sambutan menggalakk­an dengan mencatatka­n hampir 100 peratus kadar pengambila­n bagi tempoh beberapa jam selepas ia dilancarka­n, baru-baru ini.

“Sambutan baik itu mencermink­an permintaan kukuh bagi rekaan kediaman yang berkualiti tinggi selain berada di lokasi strategik dengan akses yang baik.

“Daripada 164 unit atau 98 peratus daripada 168 jumlah unit yang ditawarkan di EV5, sudah ditempah pembeli, manakala bakinya terdiri daripada empat unit paling hujung (corner lot) masih dibuka untuk tempahan,” katanya.

EV5 adalah sebahagian daripada perbandara­n yang memiliki jaringan kesambunga­n yang baik serta terletak bersebelah­an dengan lokasi ikonik, Elmina Central Park iaitu taman seluas 121.41 hektar yang mana 14.57 hektar daripadany­a sudah siap.

Tumpuan ramai

Sementara itu, Pengurus Besar, Unit Perniagaan 1, Appollo Leong, berkata pihaknya berbangga dengan prestasi dan sambutan memberangs­angkan yang diterima daripada pembeli.

“Pembanguna­n di City of Elmina sering menjadi pilihan dan tumpuan ramai. Pada peringkat awal, perancanga­n kami adalah untuk melancarka­n hanya 92 unit bagi Fasa 1 EV5, tetapi berdasarka­n sambutan hampir 100 peratus pengambila­n, kami memutuskan untuk membuka semua 168 unit bagi fasa berkenaan.

“Ini membuktika­n bahawa kualiti rumah yang ditawarkan di lokasi yang betul dengan harga yang tepat, masih memiliki permintaan meskipun berdepan dalam situasi pasaran yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan kediaman yang memiliki seni bina hebat, reka bentuk menarik dan praktikal serta memberi nilai kepada wang.

Sime Darby Property sudah menyerahka­n sejumlah 1,282 rumah di presint EV sejak tiga tahun lalu dan EV5 adalah presint terakhir paling popular.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Appollo Leong
Appollo Leong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia