Berita Harian

Pasti bertembung juga

-

masyarakat apabila dua individu ini tampil membuat permohonan maaf.

“Jika membuat laporan polis lagi, saya pula akan terus dibelenggu dengan isu ini. Saya tidak mahu hidup tertekan, sedangkan saya perlu memberikan fokus pada konsert dan kerjaya seni,” katanya.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata itu, lebih baik dia memaafkan sahaja.

“Bagaimanap­un, saya rasa kelakar kerana pemilik akaun Penumpah Teh hanya berani bersikap baling batu sembunyi tangan. Kenapa mahu jadi pengecut? Kenapa tidak jadi seperti saya, berani kerana benar demi mempertaha­nkan hak,” katanya.

yang meledak populariti menerusi lagu

dan itu berkata, dia sedar pengakhira­n kehidupan seseorang adalah kematian.

Dia tidak mahu kehidupann­ya diakhiri dengan kesudahan yang tak baik. Begitu juga dirinya tidak rela menghembus­kan nafas terakhir bersama dendam kesumat.

Baginya, lebih elok isu terbabit diselesaik­an daripada manamana pihak menyimpan dendam atau kebencian berpanjang­an.

“Jadi, lebih baik saya bersemuka dan berbincang dengan cara baik. Dunia seni ini kecil sahaja, jadi saya pasti akan berjumpa juga dengan mereka di mana-mana. Justeru, tidak elok jika hati saya mungkin terdetik perkara bukan-bukan apabila terserempa­k,” katanya.

Maruah diri, keluarga

Misha berkata, segala tindakan yang dilakukan bukan hanya demi kepentinga­n diri, sebaliknya dia turut memikirkan maruah keluargany­a.

“Zaman sekarang bukan seperti dahulu. Segala maklumat boleh diketahui di hujung jari.

“Saya ada suami, anak yang sedang membesar dan keluarga. Apa perasaan anak saya jika ada rakan sekolah yang menegur, ibunya kaki bomoh? Bagaimana pula reaksi suami apabila rakan sekerja bertanyaka­n isu isterinya kaki sihir?

“Paling tertekan, tentunya ibu dan keluarga mentua yang terpalit rasa malu akibat fitnah itu. Sudahlah mereka selalu ke masjid, mana mahu letak muka? Saya kena jaga perasaan orang yang saya sayang,” katanya.

Katanya, jika dia menggunaka­n sihir, tempat ketiga dalam pertanding­an berkenaan tidak berbaloi.

“Lebih baik saya minta diangkat sebagai juara. Namun, saya masih waras. Saya tahu setiap tindak tanduk yang dilakukan, tetapi menggunaka­n sihir bukan caranya.

“Sudah tentu seksa kubur menanti saya jika mengamalka­n perkara khurafat. Saya takut disiksa di akhirat kelak. Saya masih ingat mati,” katanya.

Teruja konsep padu suara

Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, dia kini sibuk dengan persiapan akhir Konsert Soul Sisters anjuran

Edd Razhe Entertainm­ent yang akan dipentaska­n di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 5 dan 6 April depan.

Pada persembaha­n mega berkenaan, Misha berkongsi pentas dengan dua lagi penyanyi hebat, Siti Sarah Raissuddin dan Noryn Aziz.

Katanya, dia teruja kerana konsep persembaha­n kali ini yang agak berbeza dengan konsert pernah ditampilka­n.

“Ia bukan konsert jenama individu seperti yang pernah menampilka­n beberapa penyanyi sebelum ini. Konsert Soul Sisters menampilka­n saya, Sarah dan Noryn yang akan menyanyi secara solo, duet dan trio.

“Jika dilihat sebelum ini, kebanyakan konsert menampilka­n beberapa artis memiliki segmen tersendiri, tetapi konsert ini agak berbeza. Kami lebih banyak berpadu suara, dengan hanya beberapa lagu dipersemba­hkan secara solo,” katanya.

Bukan konsert individu

Misha berkata, mereka akan menyampaik­an 35 lagu, termasuk dendangan popular pada era terdahulu.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk mendapatka­n keserasian dengan Sarah. Kami daripada generasi yang sama. Bersama Noryn pula, saya sudah mengenalin­ya sejak dulu lagi. Saya tahu, Noryn penyanyi jazz yang bagus.

“Antara kami bertiga pula, tiada istilah siapa memiliki suara paling ‘power’ atau bagus. Kami bekerjasam­a dalam satu pasukan yang hebat dengan niat utama, mahu menjayakan konsert ini sebaik mungkin.

“Alhamdulil­lah, kami seronok dan bertungkus lumus mengadakan latihan vokal serta tarian. Saya lihat, Konsert Soul Sisters benar-benar menggandin­gkan penyanyi trio, bukan jenama individu,” katanya yang akan turut menyampaik­an lagu popular Whitney Houston sebagai ‘tribute’ kepada penyanyi idolanya itu.

 ??  ?? Cinta, Pulangkan Bunga Bunga Ku Seru
Cinta, Pulangkan Bunga Bunga Ku Seru
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia