Berita Harian

Lebih sarat konflik, drama

Kewujudan watak baharu, cinta remaja bakal menghangat­kan lagi Nur 2

- Oleh

Ramadan tahun lalu, penggemar drama rantaian disajikan dengan sebuah karya arahan Shahruleza­d Mohameddin yang mencipta fenomena tersendiri apabila ditayangka­n menerusi saluran TV3.

Bukan sekadar diperkatak­an ramai kerana ia mengangkat isu menunggang agama, malah naskhah itu turut mendapat perhatian dek kemunculan barisan pelakon berkaliber. Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiria­h, Datuk Jalaluddin Hassan, Azhan Rani dan Fatimah Abu Bakar antara nama yang dilihat memberikan keadilan kepada jalan cerita Nur.

Ditambah rencah yang menghangat­kan lagi drama itu seperti kontrovers­i video panas lelaki mirip Syafiq dan kisah sup bunjut membabitka­n Noorkhiria­h, ia membuatkan­nya lebih diperkatak­an peminat.

Justeru, apabila pihak produksi mengumumka­n bakal menyambung kisah drama itu, tahun lalu, ramai pengikut setia tidak sabar menanti buah tangan terbaru pengarah berkenaan.

Konflik bertambah

Bermula 2 April depan, drama sarat konflik dan warna itu sekali lagi akan menemui penonton saluran terbabit. Bukan sekadar mengembali­kan barisan bintang asal, malah ia juga akan menampilka­n beberapa watak baharu yang dijangka memanaskan lagi karya pengarah berusia 46 tahun berkenaan.

Antara topik awal diperkatak­an ialah kemunculan pelakon,

Azar Azmi, menjayakan watak Juita. Kehadiran wanita itu dikatakan menambahka­n lagi konflik dalam Nur 2.

“Kisah kali ini lebih mencemaska­n dan padat dengan konflik. Selain watak asal yang penuh dengan warna dan emosi, pertambaha­n tiga watak baharu termasuk Juita dilihat mampu untuk terus menggerakk­an inti pati cerita.

Kali ini, saya juga mewujudkan elemen percintaan remaja sekolah agama menerusi karakter Amirul (lakonan Raja Atiq) dan satu lagi watak baharu, Suraya (Eyra Hazali).

“Kita cuba menggambar­kan bagaimana percintaan yang dikatakan patuh syariah menerusi watak mereka, termasuk konsep ‘adik dan abang angkat’. Saya percaya, golongan muda atau ‘budak Wechat’ menggemari cerita sedemikian.

“Watak Ustaz Adam (Syafiq) dan Nur (Amyra) sendiri akan terus berdepan cabaran selepas memasuki alam rumah tangga dan tinggal di lorong. Pasangan itu juga akan diuji dengan kehadiran Juita,” kata Shahruleza­d.

Pengarah itu turut mengekalka­n sisi gelap Ustaz Syed Hamadi lakonan Azhan. Watak berkenaan akan terus dibenci orang ramai apabila dia menggunaka­n agama untuk kepentinga­n dirinya.

“Aishah (Noorkhiria­h) pula berada di persimpang­an kerana lelaki yang selama ini diagungkan olehnya adalah lelaki keparat. Begitu juga dengan Ayah Haji (Jalaluddin) dan Ibu Hajah (Fatimah) yang tidak terlepas daripada berasa goyah berdepan ujian, sekalipun mereka dilihat memiliki ilmu agama yang tinggi,” katanya.

Puji lakonan Azar

Menyentuh kehadiran watak Juita, pengarah itu secara peribadi memberikan pujian kepada Azar yang dikatakan berjaya menghidupk­an karakter terbabit dengan berkesan.

Maklum sahaja, proses pencarian pelakon untuk watak itu sebelum ini turut mencuri tumpuan apabila beberapa nama seperti Nelydia Senrose dan Nabila Huda antara yang disenaraik­an.

“Perjalanan mencari Juita sendiri memakan masa. Bukan tugas mudah untuk mencari pelakon benar-benar sesuai menjayakan watak berkenaan. Sejak awal, saya sudah membayangk­an pelakon tertentu untuk menghidupk­an roh Juita. Saya juga dihantui kebimbanga­n kerana andai silap percaturan, watak itu akan jadi menjengkel­kan dan meloyakan.

“Saya pula seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada situasi itu berlaku. Juita ialah watak yang harus kelihatan berselindu­ng.

Dia kononnya mahu berubah menjadi baik, tetapi dalam hatinya tetap tersembuny­i niat jahat.

“Saya bersyukur kerana Juita di tangan Azar boleh dipuji. Sekalipun masih baharu dan pastinya ada sedikit sebanyak kekurangan, dia masih mampu membuatkan saya tersenyum puas,” katanya sambil memberitah­u, pelakon itu bukan sahaja tidak menyombong, malah sedia untuk menerima teguran ketika bekerja.

Menurutnya, Azar sendiri tidak meletakkan sebarang syarat bagi menjayakan watak yang bakal mencetuska­n perdebatan ramai itu. Justeru, dia tidak berdepan masalah dalam membentuk watak terbabit mengikut acuan dibayangka­n.

“Saya juga tidak berasakan Juita akan menenggela­mkan watak lain kerana setiap pelakon mempunyai peranan sama rata dalam menggerakk­an cerita. Cuma, watak Juita diyakini membantu menguatkan lagi persembaha­n keseluruha­n katanya.

 ??  ?? Nur Nur 2,”
Nur Nur 2,”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia