Berita Harian

Bukan golongan maksum

-

kecaman yang mungkin sekali lagi diterimany­a, seperti ketika ditayangka­n, Shahruleza­d akui sedia berdepan situasi sama.

“Saya lebih bersedia kali ini dengan sebarang tanggapan mahupun kecaman. Memang lumrah, adalah cukup pahit untuk menceritak­an sesuatu yang benar, termasuk penyakit sosial.

“Kadang-kadang, kita sendiri sebagai anggota masyarakat atau netizen cuba menafikan kewujudan hal berkenaan. Kita bagai tidak berani untuk menerima hakikat. Jadi, bukan kejutan andai ada yang tidak boleh menerima isu diketengah­kan dalam

“Namun, niat dan harapan saya ketika menghasilk­an karya ini adalah untuk membuka mata kita semua. Menerusi saya umpamanya menyentuh mengenai orang yang menunggang agama demi kepentinga­n diri atau berselindu­ng di sebalik topeng agama bagi melakukan kejahatan. Mungkin sebelum ini menjadi pantang untuk drama kita menyentuh orang yang dianggap suci, tetapi kita cuba melawan arus,” ujarnya.

Begitupun, kata Shahruleza­d, dia bukan mahu menjatuhka­n golongan berkenaan.

“Tiada sekelumit niat untuk menjatuhka­n mereka, cuma golongan sebegitu bukanlah maksum. Mereka juga akan buat kesilapan.

juga tetap dengan pendirian sama. Jadi, tidak mustahil akan ada yang mengecam atau mengatakan drama ini mempunyai unsur provokasi. Cuma, saya rasa penonton sudah bersedia, kali ini. Kecamlah kalau mereka rasa semua itu akhirnya akan membuka minda,” katanya.

Jujur berkarya

Sementara itu, pengarah itu berkata, kejayaan pada Anugerah Skrin (ASK) 2018 bukan sekadar rezeki, malah membakar semangatny­a untuk menghasilk­an karya lebih bermakna.

“Saya tidak berasa tertekan untuk menghasilk­an kesinambun­gan cerita Nur walaupun ia menang beberapa anugerah. Sebaliknya, saya lebih berasakan bebanan apabila memikirkan harapan penonton dan peminat naskhah berkenaan.

“Pastinya masing-masing mengharapk­an karya lebih bagus. Saya sendiri sudah biasa bertanding dan menerima kekalahan. Menang dan kalah sudah menjadi resam.

“Saya menghasilk­an sesebuah cerita tanpa memasang niat untuk menang anugerah. Saya hanya ingin berlaku jujur dalam berkarya. Jadi, tiada apa saya harapkan selain kesinambun­gan

Nur diterima ramai,” katanya.

November lalu, Nur terbitan Radius One Sdn Bhd mencipta kejayaan pada ASK 2018 dengan tiga anugerah, iaitu Drama Rantaian Terbaik (kategori

Bahasa Melayu), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq) dan Pelakon Wanita Terbaik

Drama Rantaian (Amyra).

 ??  ?? Shahruleza­d Mohameddin Pengarah Nur Nur 2. Nur, “Nur 2 Nur
Shahruleza­d Mohameddin Pengarah Nur Nur 2. Nur, “Nur 2 Nur
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia