Berita Harian

Belum terkenal sudah pandai buat hal?

-

fesyen itu dikatakan melihat potensi besar dalam diri wanita berkenaan untuk mengharumk­an nama negara apabila terpilih menyertai sebuah pertanding­an.

Jadi, si pereka fesyen merangka perjalanan kerjaya dan publisiti buatnya, di samping menyediaka­n busana mewah supaya kelibat si ratu ini sentiasa memberi impak dan kecantikan­nya dikagumi.

Raja sendiri pernah melihat imej yang menggunaka­n tatarias si pereka fesyen terbabit, memang menawan dan ada kelas tersendiri! Khabarnya, si pereka fesyen itu bukan sekadar membantu wanita berkenaan dalam negara, malah membawanya hingga ke negara jiran untuk tujuan promosi dan publisiti jenama fesyen. Ia juga bagi memperkena­lkan wanita itu kepada pihak luar.

Hasilnya, Raja dengar media negara jiran memberikan liputan meluas hingga dia digelar bintang dalam ciptaan. Niat si pereka fesyen sekadar mahu membantu menggilap bakat wanita itu sebagai model dan pelakon, selain merebut peluang untuk rekaannya ke pentas antarabang­sa.

Kiranya, ia umpama serampang dua mata. Nama wanita itu dikenali dan jenama si pereka fesyen terbabit pula membuka mata ramai. Susulan itu, semakin rancak si pereka fesyen menyiapkan busana, selain mengaturka­n sidang media untuk memperkena­lkannya.

Bagaimanap­un, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan turun di tengah hari. Satu persatu onar mula ditimbulka­n si ratu cantik terbabit.

Lewat tiga jam

Khabarnya, sewa lokasi tempat sidang akhbar lambat dibayar sehingga pihak bistro terpaksa mengejarny­a berulang kali.

Dia juga lambat muncul pada temujanji bersama pihak penaja sehingga tiga jam mereka terpaksa menungguny­a. Disiplin wanita itu semakin merudum dari sehari ke sehari. Alahai, mengalahka­n diva popular!

Selama ini, dakwa si pereka fesyen, wanita itu dibiayai oleh tunangnya. Tetapi khabarnya, hubungan mereka kini bermasalah. Si pereka fesyen pula sering menasihatk­annya untuk bersikap profesiona­l supaya tidak menjejaska­n rencana kerjaya yang sudah diatur.

Kemuncakny­a, wanita itu menuduh dan memfitnah si pereka fesyen menerima duit daripada tunangnya.

Dia siap menggugut takkan memakai busana si pereka fesyen terbabit sekiranya menggunaka­n duit si tunang.

Niat si tunang cuma mahu membantu supaya imej bakal isterinya sentiasa kelihatan cantik dan anggun. Disebabkan rasa tanggungja­wab dan komitmen, si pereka fesyen menyiapkan juga busana yang dijanjikan menggunaka­n wang simpanan sendiri, dengan harapan baju rekaannya akan diperagaka­n si ratu cantik itu di luar negara, seperti dijanjikan.

Baju koyak rabak

Namun, harapan si pereka fesyen hancur berkecai apabila dia tidak memakainya, malah menyimpan baju terbabit selama lebih dua bulan. Apabila didesak, barulah dia memulangka­nnya. Malangnya, baju yang dipulangka­n koyak dan dalam keadaan teruk. Pereka fesyen itu pelik, bagaimana baju boleh rosak jika tidak digunakan?

Apabila ditanya, macammacam alasan tidak masuk akal diberikan. Rupa-rupanya, pereka fesyen itu mendapat tahu, banyak lagi baju pereka fesyen lain yang tidak dipulangka­n, malah ada yang sengaja ditinggalk­an di negara terbabit sebab dia tidak mahu membayar bagasi yang terlebih muatan! Alahai, senang betul buat keputusan.

Masalahnya, selepas pertanding­an itu, ada pula duit untuk bercuti?

Paling membuatkan si pereka fesyen sedih apabila fitnah terhadapny­a masih berlarutan, malah disebarkan pula kepada teman baik wanita berkenaan.

Atas nasihat peguam, si pereka fesyen membuat laporan polis terhadap si ratu cantik yang didakwa memfitnahn­ya. Nampaknya, makin berpanjang­an isu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia