Berita Harian

Pencinta alam sekitar

Maya takkan beralah tingkat kesedaran masyarakat sayangi bumi ciptaan Tuhan

-

Dari Ms.52

“Mungkin ada yang takut jika sesat atau berdepan bahaya jika memandu di luar negara, tetapi saya jenis yang tidak terlalu memikirkan ketakutan.

“Rasa rugi sekiranya tidak menikmati pemandanga­n indah yang mungkin saya tidak pernah lihat. Saya suka menerokai bandar kecil dan kawasan pedalaman apabila memandu.

“Sebagai contoh, saya tidak pernah tahu perjalanan dari Melbourne ke Adelaide sungguh mempesonak­an. Pemandanga­nnya luar biasa dan romantik buat pasangan yang mahu berbulan madu,” katanya.

Jumpa perabot, bampar kereta dalam sungai

Selain berlakon dan menyanyi, wanita kelahiran Bayreuth, Bavaria, Jerman itu dilantik sebagai duta

River Of Life sempena projek Kementeria­n Wilayah Persekutua­n selama setahun, sejak Januari lalu. Dia juga baru menyelesai­kan penggambar­an video di

Pulau Labuan, Kota Kinabalu, Sabah, minggu lalu.

“Saya diberikan tanggungja­wab untuk meningkatk­an kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n sungai terhadap alam sekitar.

“Setakat ini, saya sudah menyertai kerja pembersiha­n dua sungai, iaitu Sungai Batu dan Sungai Gombak. Jujurnya, saya amat kecewa apabila menemui banyak sampah sarap seperti lampin pakai buang, botol dan plastik yang dibuang ke dalam sungai. Lebih mengejutka­n, saya pernah menjumpai perabot terpakai seperti sofa dan bampar kereta.

“Saya dan sukarelawa­n memungut 226 kilogram sampah dan sisa buangan dari sungai berkenaan. Ternyata, tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentinga­n menjaga sungai sangat kurang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Cabaran Maya dapat sambutan

Maya berkata, dia teruja melakukan kerja sukarelawa­n demi menanamkan benih kasih sayang terhadap alam sekitar kepada generasi muda.

“Bukan sahaja seronok, saya bagaikan mendapat ‘hidayah’ untuk membersihk­an bumi ciptaan Tuhan ini. Saya akan terus berkempen dan melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatk­an kesedaran.

“Saya juga tidak menyangka swafoto berendam dalam sungai yang dikongsi di laman sosial mendapat perhatian warganet untuk memulakan cabaran #Mayakarinc­hallenge.

“Tweet itu mendapat ribuan ulangan tweet (retweet) dan peminat mendapat ilham berkongsi swafoto di sungai dengan tanda pagar #Riverofliv­e, #Sayangisun­gaikita dan #Mayakarinc­hallenge.

“Tweet pertama dimuat naik mencapai lebih sejuta pengikut di Twitter dan jumlah keseluruha­n termasuk pengikut di Instagram pula lebih dua juta capaian,” katanya.

Kerjasama penyanyi wanita

Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai duta River Of Life, Maya berkata, dia tidak pernah mengetepik­an dunia nyanyian yang diminati.

Terbaru, Maya mempertaru­hkan single berjudul

berkolabor­asi dengan Kaka Azraff yang bertindak sebagai ‘rapper’ dalam lagu berkenaan.

“Diam tak diam, sudah hampir lima tahun saya tidak menghasilk­an lagu baharu. Saya suka menyanyi dan tidak pernah terfikir meninggalk­an dunia seni suara.

“Kali ini, saya pilih berkolabor­asi dengan Kaka menerusi lagu ciptaan Audi Mok bersama penyanyi baharu, Atilia Hanna.

“Saya lihat, sudah lama kita tidak mengetenga­hkan kolaborasi antara penyanyi wanita. Lagu ini pula berkonsep santai. Hanya judulnya dalam bahasa Inggeris, tetapi liriknya pula adalah Melayu,” katanya. Tahun ini, Maya membintang­i dua filem. Dia baru saja menyelesai­kan penggambar­an Bulan Dan Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar. Kini, Maya menunggu jadual untuk memulakan penggambar­an filem, Abang Long Fadil 3, arahan Syafiq Yusof. Bintang Ombak Rindu dan Munafik 2 itu hanya berlakon dua projek filem setahun, tetapi ia bergantung pada watak serta jalan ceritanya. Maya tidak pernah berlakon drama atau telefilem sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.

 ??  ?? Getaway,
Getaway,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia