Berita Harian

Kuala Lumpur hos sidang rumah mampu milik di Asia

Cagamas, World Bank Group kendali perbincang­an disertai pakar pelbagai sektor

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Cagamas Bhd (Cagamas) dan World Bank Group akan menjadi hos bersama bagi persidanga­n ‘Membina dan Membiaya Rumah Mampu

Milik di Asia’ yang akan diadakan buat julung kalinya pada 2 hingga 3 April ini.

Persidanga­n bertemakan ‘Penyelesai­an perumahan yang selamat, mencukupi dan mampu milik bagi semua’ itu akan menampilka­n tokoh terkemuka daripada bidang yang terbabit dengan rumah mampu milik.

Antaranya termasukla­h dari sektor awam dan swasta, pemimpin kewangan dan teknologi kewangan, pencipta serta pakar teknologi hijau dan perumahan kalis bencana bagi membincang­kan pembinaan dan pembiayaan rumah mampu milik di rantau ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n, Pengerusi Cagamas, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata pihaknya teruja kerana menjadi hos bersama bagi persidanga­n berkenaan.

“Kami berharap perbincang­an dan cerita kejayaan yang dikongsi akan memberikan lebih banyak pandangan untuk memacu sektor awam dan swasta serta individu yang terbabit bagi sama-sama mencari jalan yang membolehka­n kami menambah baik dan menyediaka­n rumah mampu milik di Malaysia dan juga Asia.

Polisi untungkan pengguna

“Di Malaysia, kerajaan terus memperkena­l dan melaksanak­an prinsip pembanguna­n perumahan serta polisi yang boleh mendatangk­an manfaat kepada pembeli rumah daripada kumpulan pendapatan rendah,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Wakil World Bank Group ke Malaysia yang juga Pengurus Negaranya, Dr Firas Raad, berkata pembanguna­n pasaran kewangan perumahan untuk meningkatk­an bekalan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi rumah mampu milik bukan sahaja membantu mengatasi defisit kewangan perumahan yang berlaku di banyak negara.

“Ia juga membantu mencipta pekerjaan, kekayaan dan memberi banyak lagi manfaat tidak langsung yang positif termasuk mewujudkan kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dijangka akan menyampaik­an ucaptama pada persidanga­n berkenaan.

Harap perbincang­an dan cerita kejayaan yang dikongsi beri lebih banyak pandangan untuk memacu sektor awam dan swasta serta individu yang terbabit mencari jalan yang membolehka­n kami tambah baik dan sedia rumah mampu milik di Malaysia dan Asia” Abdul Rasheed Ghaffour, Pengerusi Cagamas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia