Berita Harian

Selangor nilai kerugian mangsa ribut

Kenal pasti kos baik pulih rumah penduduk rosak

- Oleh Fazrik Kamarudin

Kerajaan Selangor akan menilai tahap kerosakan penempatan di Batu 11, di sini, yang dilanda ribut dan hujan lebat, kelmarin, sebelum menentukan jumlah bantuan baik pulih atau pembinaan semula rumah.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata penilaian itu dilakukan bagi mengenal pasti kos

baik pulih rumah yang terjejas.

“Kita akan nilai tahap kerosakan sebelum kita salurkan bantuan seperti bina semula atau baiki rumah, kita akan lihat sama ada yang terjejas itu mengalami kerosakan kecil atau serius.

“Seterusnya kerajaan negeri akan menampung kos bantuan jika apa yang disumbangk­an tidak mencukupi.

“Ini mengambil masa, ada proses tertentu, bagaimanap­un bantuan untuk kerosakan yang kecil kita akan segerakan,” katanya kepada pemberita ketika melawat 52 mangsa dari 15 keluarga di Dewan Orang Asli Kampung Gombak Utara, Batu 11, di sini, semalam.

Amirudin berkata, sebagai bantuan awal, sebanyak RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terbabit dalam kejadian ribut itu.

“Selain wang tunai, barang dapur turut diberikan kepada keluarga terjejas, malam tadi (kelmarin) mereka menerima bantuan awal seperti barang penjagaan diri, selimut dan keperluan keluarga seperti selimut dan tilam dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pakar psikologi

“Kita juga tempatkan doktor perubatan dan pakar psikologi untuk memenuhi keperluan mangsa.

“Saya sudah kerahkan pihak berkuasa tempatan dari Ampang Jaya dan Petaling Jaya membantu Selayang membersihk­an kawasan yang dihempap pokok tumbang,” katanya.

Kelmarin, BH melaporkan lapan termasuk tiga kanak-kanak yang menghuni Pondok Penyayang Raudhah, Batu 11, Jalan Gombak, di sini cedera selepas penempatan asnaf itu dihempap pokok tumbang susulan hujan dan ribut.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, seorang lelaki berusia 30-an yang juga penghuni penempatan terbabit turut tercedera terkena renjatan elektrik ketika cuba membantu mangsa lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, dilaporkan berkata lima mangsa cedera itu ditempatka­n di Hospital Selayang, dua di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seorang lagi di Hospital Orang Asli Gombak.

Katanya, mangsa lain yang turut terbabit dengan kejadian itu dipindahka­n di pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Asli Batu 12 Gombak, berhampira­n lokasi kejadian.

Ribut dan angin kencang juga mengakibat­kan lapan penghuni Pondok Penyayang Raudhah cedera walaupun kejadian itu berlaku dalam sekelip mata.

Mangsa yang terselamat, Baharudin Harun, 59, berkata dia tidak menyangka hujan lebat berserta angin kencang itu menumbangk­an pokok yang mengelilin­gi kawasan penempatan itu.

“Saya bersama empat renjer hutan cuba menyelamat­kan kanakkanak yang ditimpa kayu akibat kejadian itu.

“Selepas berjaya mengeluark­an mangsa dari timbunan runtuhan, rakan saya, Subari keluar dari kawasan berkenaan ” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Asli, di sini, semalam.

Seorang lagi mangsa, Mohd Suhaimi Safie, 38, berkata keadaan agak kelam-kabut ketika kejadian ribut kencang itu berlaku.

“Hujan lebat dengan angin yang kencang menyukarka­n kami untuk mengeluark­an mangsa.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Kerja pembersiha­n pokok tumbang berhampira­n Pondok Penyayang Raudhah, Kampung Gombak Utara Batu 11, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Kerja pembersiha­n pokok tumbang berhampira­n Pondok Penyayang Raudhah, Kampung Gombak Utara Batu 11, semalam.
 ??  ?? Amirudin menyampaik­an sumbangan kepada mangsa ribut, di Gombak semalam.
Amirudin menyampaik­an sumbangan kepada mangsa ribut, di Gombak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia