Berita Harian

YSS laksana program tuisyen percuma pelajar B40

-

Putrajaya: Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) akan melaksanak­an program tuisyen percuma untuk pelajar daripada golongan berpendapa­tan rendah (B40) yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bermula Mei ini.

Pengerusi YSS, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata program yang dinamakan ‘Tuition Mission Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3)’ dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu akan menumpukan kepada pelajar Tingkatan Tiga dan lima yang tinggal di PPRT.

Katanya, untuk permulaan, projek perintis bagi tuisyen percuma itu akan dilaksanak­an di lima PPRT sekitar Lembah Klang dan Selangor dengan menyasarka­n seramai 150 pelajar golongan B40 akan menerima manfaat daripada program itu sebelum diperluask­an ke seluruh negara.

Inisiatif itu juga selaras hasrat Kementeria­n Pendidikan yang mahu memberikan akses pendidikan lebih baik kepada semua, di mana projek ini akan menumpukan kepada subjek sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) serta subjek lain seperti Bahasa Inggeris mengikut keperluan pelajar.

Kurangkan beban

“Selain memberi akses pendidikan yang lebih baik kepada golongan memerlukan, program ini juga dilihat dapat mengurangk­an beban ibu bapa, yang mana mereka tidak perlu menghantar anak ke pusat tuisyen berbayar.

“Program ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat korporat manakala tenaga pengajar terdiri daripada alumni YSS sendiri selain pelajar universiti awam termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

“Dari segi peralatan dan bahan pengajaran pula, beberapa syarikat buku serta syarikat berkaitan sudah bersetuju untuk memberi sumbangan mereka,” katanya pada sidang media sempena ulang tahun ketujuh YSS di sini, semalam.

Selain itu, YSS juga akan mengelolak­an projek Perpustaka­an Mini di PPRT bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan mereka yang tinggal di situ selain sebagai perantaraa­n sosial kepada masyarakat PPRT kerana sistem pengurusan­nya akan diuruskan sepenuhnya oleh mereka sendiri.

“Perkara itu kini dalam peringkat perbincang­an dengan bahagian dasar Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementeria­n Pendidikan untuk penyediaan lokasi selain beberapa kemudahan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Lam Thye berkata YSS akan menumpukan kepada tiga aspek penting seperti kenegaraan, integriti serta generasi berwawasan dalam kegiatan serta program YSS ke arah menjadi hub sukarelawa­n serta melahirkan ikon mahasiswa dalam bidang sukarelawa­n di pentas global.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Lam Thye (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-7 YSS di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Lam Thye (tengah) memotong kek pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-7 YSS di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia