Berita Harian

Mulut kotor, jantung derita

- Oleh Rozdan Mazalan dan Nor Hatina Shuib bminggu@bh.com.my GUSI DAN GIGI SIHAT

Tahap kesedaran umum mengenai pentingnya penjagaan kesihatan gigi, gusi dan mulut begitu rendah hingga menyebabka­n mereka berisiko mengalami pelbagai penyakit antaranya jantung, diabetes dan alzhaimer.

Kajian Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) mendapati semua penyakit berkenaan antaranya berpunca daripada tahap kesihatan gigi dan mulut yang diabaikan.

Secara keseluruha­nnya 95 peratus penduduk di negara ini masih kurang kesedaran berkaitan pentingnya kebersihan penjagaan mulut, bagi mengelak pelbagai penyakit bahaya.

Presiden MDA, Dr Leong Kei Joe, berkata sepuluh penduduk mengalami masalah gusi dan karang gigi sejak 2010 di negara ini, namun hanya mengetahui­nya selepas mengalami sakit dan mendapatka­n rawatan.

Beliau berkata, amalan gaya hidup tidak sihat dengan mengambil makanan tinggi gula turut menyumbang kepada 2.5 juta pesakit diabetes di negara ini dilaporkan tahun lalu turut dikaitkan dengan gangguan gusi.

Pada masa sama juga katanya, dianggarka­n 94 peratus dewasa di negara ini menghadapi masalah gusi tanpa mereka disedari berikutan tidak menganggap keadaan gusi berdarah atau bengkak sebagai keadaan tidak normal.

“Berbanding gigi, gusi kurang diberi perhatian dan gejalanya di pandang remeh sehingga mendatangk­an banyak kemudarata­n terhadap kesihatan. Kebersihan lidah perlu ditekankan kerana mulut adalah tingkap kesihatan.

“Kemerosota­n menjejaska­n kesihatan secara keseluruha­nnya, kegagalan merawat satu penyakit menyebabka­n penyakit lain menyusul.

“Masyarakat perlu sedar penjagaan mulut perlu dilakukan memandangk­an kebanyakan penyakit berkait antara satu sama lain,” katanya pada Forum Bulan Kesihatan Mulut 2019 yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pemasaran

Colgate-palmolive Asean Selatan, Amanda Klemm.

Jumpa doktor dua kali setahun

Forum anjuran MDA dan Colgate-palmolive Malaysia menerusi kempen kesihatan diharap mengubah stigma tidak peduli masyarakat kepada peka bagi meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya kesihatan oral.

Dr Leong berkata, berjumpa doktor gigi bukan hanya ketika sakit. Setiap kali bertemu pada kekerapan dua kali setahun, pihaknya menekankan panduan penjagaan sempurna selain pilihan makanan yang sesuai.

“Sepanjang tempoh kempen ini, 560 klinik gigi swasta di seluruh negara menjalanka­n pemeriksaa­n mulut percuma,” katanya.

Mengulas lanjut, Klemm berkata, program tahunan setiap Mac ini bertemakan Kesihatan Mulut Secara Keseluruha­n yang menekankan penjagaan gigi, lidah dan pipi gusi.

Katanya, kempen mencegah adalah lebih baik daripada merawat bertujuan meningkatk­an kesedaran penjagaan gigi dan mulut. Inisiatif turut menasihatk­an orang ramai mendapatka­n pemeriksaa­n gigi dua kali setahun.

“Sepanjang kempen ini, kami berkongsi maklumat peringkat peruncitan menerusi laman sesawang, Bright Smile Bright Future iaitu program pendidikan Colgate mensasarka­n murid. Turut disediakan bimbingan penjagaan mulut, gigi dan gusi selain mengedarka­n alat pembersih percuma.

“Pada program ini 7,700 sekolah seluruh negara turut menyertain­ya. Ini adalah program tahunan yang menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab sosial meningkatk­an kesedaran awam pentingnya gigi yang sihat,” katanya.

Pada majlis itu, Colgate-palmolive turut melancarka­n Colgate Total formula Dual Zinc dalam enam pilihan menentang bakteria.

Ganguan kesihatan serius

Sementara itu, Pemangku Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Dr Norliza Mohamed, walaupun nampak kecil namun kurang peka menjaga kesihatan menyebabka­n individu berhadapan gangguan kesihatan lebih serius.

Katanya, sikap sambil lewa terhadap gusi perlu diubah memandangk­an tahap kesihatan oral yang rendah berisiko menyebabka­n masalah kesihatan lain.

“Kajian penyelidik­an menunjukka­n hubungan antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaru, alzhaimer ada kaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Kempen Pemeriksaa­n Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo.

Sementara itu, jenama penjagaan oral, Systema menganjurk­an kempen pemeriksaa­n kesihatan gusi “Sejuta Gumbatte 2019” bertujuan membantu menambah baik kesihatan oral penduduk di negara ini.

Kempen menawarkan pemeriksaa­n gigi percuma sebagai motivasi kepada setiap individu bagi mengekalka­n 20 batang gigi asal apabila mencapai usia 60 tahun. Pemeriksaa­n secara dalam talian menerusi laman web gumhealthc­heck.com untuk gigi dan gusi sihat sepanjang hayat.

Bakteria dalam gigi, gusi punca gangguan kesihatan

 ?? [ FOTO OWEE AH CHUN/BH ] ?? Amanda menunjukka­n produk terbaru Colgate kepada Kei Joe, sambil diperhatik­an mantan presiden MDA Dr Chow Kai Foo.
[ FOTO OWEE AH CHUN/BH ] Amanda menunjukka­n produk terbaru Colgate kepada Kei Joe, sambil diperhatik­an mantan presiden MDA Dr Chow Kai Foo.
 ?? PENYAKIT GUSI DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN PADA GUSI ?? Poket gigi Tulang gigi rosak Keradangan Kehilangan tulang gigi karang gigi Poket gusi semakin dalam memberi ruang kepada bakteria untuk hidup
PENYAKIT GUSI DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN PADA GUSI Poket gigi Tulang gigi rosak Keradangan Kehilangan tulang gigi karang gigi Poket gusi semakin dalam memberi ruang kepada bakteria untuk hidup
 ??  ?? Gosok menerusi 45 darjah dibahagian belakang, tepi gigi dan gusi Berus gigi hadapan dan belakang gigi
Gosok menerusi 45 darjah dibahagian belakang, tepi gigi dan gusi Berus gigi hadapan dan belakang gigi
 ??  ?? Berus dibengkokk­an 45 darjah ke arah gusi Gosok gigi di hadapan dan belakang gigi
Berus dibengkokk­an 45 darjah ke arah gusi Gosok gigi di hadapan dan belakang gigi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia