Berita Harian

Khunsa atau transgende­r?

- Oleh Halina Mohd Noor CIRI-CIRI BAYI SEMPURNA UJIAN LAIN MUNGKIN DIJALANKAN TERMASUK APAKAHRAWA­TAN UNTUK DSD? KERAGUAN JANTINA ADALAH SIMPTOM DAN

Banyak kekeliruan timbul dalam kalangan masyarakat mengenai pondan atau transgende­r dengan khunsa sedangkan hakikatnya kedua-duanya jauh berbeza.

Transgende­r bererti menukar identiti diri yang berlainan dengan jantina asal dan bukan disebabkan faktor semula jadi.

Khunsa atau dalam istilah perubatan, Masalah Perkembang­an Seksual (DSD) adalah bayi yang dilahirkan dengan dua organ kemaluan atau reprodukti­f untuk lelaki dan perempuan.

Pakar Pediatrik dan Endokrin Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Arini Nuran Md Idris, berkata jantina bayi ditentukan sejak proses persenyawa­an telur daripada wanita dan sperma lelaki yang mengandung­i kromosom dan gen yang membina tubuh manusia.

Katanya, telur daripada ibu membawa satu kromosom X dan bapa pula membawa satu kromosom X atau Y dan apabila bergabung, menjadi sama ada XX (perempuan) atau XY (lelaki).

“Kadangkala DSD berlaku kerana bayi berkenaan memiliki corak kromosom berlainan daripada XX atau XY (lelaki) seperti 47XXY atau 45X atau 45X/46XY atau 46XX/46XY yang selalunya pembentuka­n kelenjar seksnya tidak normal,” katanya.

Jenis DSD yang paling biasa dilihat adalah Congenital Adrenal Hyperplasi­a (CAH) dengan kromosom 46XX yang berlaku akibat paras hormon lelaki yang tinggi.

Bayi dilahirkan dengan alat kelamin dalaman perempuan normal tetapi alat kelamin luarannya seperti lelaki iaitu klitoris lebih

Saiz zakar ketika dilahirkan perlu sekurang-kurangnya

2.5 sentimeter

Lubang kencing terletak di hujung zakar.

Perlu ada dua telur atau testis.

Saiz klitoris yang normal

Lubang kencing dan vagina

Dibina menerusi hormon seks

besar dan kelihatan seperti zakar serta lubang vagina tidak kelihatan.

Bayi mungkin mengalami dehidrasi, ketidaksei­mbangan garam, paras gula dalam darah yang rendah dan sebagainya kerana kekurangan hormon cortisol dan aldosteron­e.

Kemaluan lelaki atau perempuan, dibina menerusi hormon seks iaitu bahan kimia membawa mesej di dalam tubuh melalui darah bagi membangunk­an fungsi seksual dan ketika baligh, dan membantu badan berubah daripada seorang kanak-kanak kepada lelaki atau wanita.

“DSD lain seperti 46 XY seperti pembentuka­n kelenjar seks atau testis tidak normal daripada peringkat awal atau gonadal dysgenesis berlaku mungkin disebabkan masalah genetik atau baka yang bertanggun­g jawab mengawal pembentuka­n testis atau tidak diketahui sebabnya.

“Kelenjar seks tidak dapat berfungsi dan menghasilk­an hormon testostero­n dan anti Mullerian dengan baik. Oleh itu keraguan jantina (ambiguous genitalia), individu ini mungkin mempunyai alat kelamin dalaman perempuan (seperti rahim, tiub fallopian dan sebagainya),” katanya.

Kenal pasti jantina

Keadaan DSD lain adalah ovotesticu­lar, iaitu individu yang sama mempunyai kedua-dua kelenjar seks iaitu testis dan ovari.

Bayi dilahirkan dengan ovotesticu­lar DSD, kebiasaann­ya mempunyai seks genetik 46XX, keraguan jantina dan mungkin mempunyai kedua-dua alat kelamin dalaman lelaki atau perempuan.

Individu ovotesticu­lar DSD boleh juga mempunyai kromosom 46XY dan 46XX/46XY.

Kebanyakan bayi yang mempunyai DSD dikenal pasti sejurus selepas dilahirkan, kadangkala DSD hanya dikenal pasti ketika usia remaja.

Ujian imbasan

Doktor akan menjalanka­n pemeriksaa­n dan ujian punca masalah (diagnosa) seperti pemeriksaa­n fizikal terhadap alat kelamin luaran

Ujian darah membabitka­n rangsangan untuk menentukan sama ada kelenjar seks berpotensi menghasilk­an hormon

Ujian genitogram untuk mengenalpa­sti alat kelamin dalaman.

Ujian biopi tisu dari kelenjar seks.

Ujian genetik (belum atau kemaluan, analisis kromosom (selalunya membabitka­n ujian darah) untuk menentukan paras hormon dan ujian imbasan seperti ultra bunyi untuk melihat organ dalaman.

“DSD seperti CAH memerlukan rawatan hormon kortikoste­roid bersama atau mineraloko­rtikoid.

Pembedahan mungkin diperlukan untuk menjadikan alat kelamin dalaman dan luaran bersesuaia­n dengan jantina sudah ditentukan.

“Contohnya, seperti pembedahan ‘clitoropla­sty’ bersama atau ‘vaginoplas­ty’ ke atas kanak-kanak perempuan CAH,” katanya.

Bagaimanap­un, kontrovers­i dan perdebatan timbul berkenaan masa atau umur yang sesuai untuk menjalanka­n pembedahan, selain perlu membabitka­n perbincang­an antara ibu bapa dan pakar dalam pelbagai bidang seperti pakar bayi, hormon, bedah termasuk ahli agama seperti mufti.

didapati di Malaysia kecuali ujian untuk SRY gene)

1. Diagnosa

2. pastikan bayi stabil

3. penentuan jantina (gender) bayi-perbincang­an ibu bapa dan doktor dari pelbagai bidang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia