Berita Harian

Murung tanda jiwa tidak tenang

-

Dijangkaka­n masalah kemurungan atau depresi menjadi gangguan kesihatan mental utama bagi rakyat negara ini menjelang 2020, menerusi anggaran nisbah satu pertiga penduduk ini mengalami kemurungan seumur hidup.

Berdasarka­n statistik Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015, peningkata­n 29.2 peratus atau 4.2 juta rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami masalah kesihatan mental berbanding 2006 yang hanya mencatatka­n 11.2 peratus.

Merujuk kepada perspektif psikologi,

kemurungan adalah rasa kekecewaan, putus asa, sedih dan hiba yang mendalam sehingga tidak tertanggun­g lagi empunya diri.

Laporan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, lebih 25 peratus warga emas berusia 65 tahun ke atas mengalami kemurungan.

Penyakit diwarisi

Pelbagai faktor menyebabka­n individu murung, antaranya keturunan iaitu diwarisi daripada generasi keluarga yang pernah mengalami kemurungan.

“Selain itu, faktor perjalanan hidup yang dialami oleh seseorang seperti kegagalan dalam hidup berumah tangga, berlaku kematian atau kehilangan orang tersayang. Faktor lain termasuk kesan ditimpa bencana, disahkan menghidap penyakit kronik dan kesusahan hidup terutama berdepan masalah kewangan.

“Faktor psikologi seseorang membawa kepada kemurungan, iaitu corak pemikiran dan persepsi terhadap diri sendiri. Contohnya, rasa rendah diri, tidak berguna, tidak boleh bersaing dengan rakan sekerja atau orang lain, rasa tidak dihargai dan tidak gembira dengan hidup.

“Dalam konteks wanita, faktor kemurungan ini lebih berkait dengan permasalah­an hidup seperti tekanan dalam kerjaya, rumah tangga, penderaan dan keganasan yang dialami dan sakit berpanjang­an sehingga mengganggu melaksanak­an tanggungja­wab, kehilangan orang tersayang dan penyakit jiwa.

Merujuk statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 4,963 kes keganasan rumah tangga dilaporkan bermula Januari hingga November 2018.

Antara cara mengawal tekanan emosi stabil melalui kaedah menguatkan jiwa wanita itu sendiri selain mendapat sokongan sosial daripada orang sekitar terutama individu yang dekat seperti suami, anak dan ahli keluarga.

Saya melihat, sekiranya stres berlarutan, individu berkenaan perlu menerima rawatan daripada pakar psikiatris. Mengikut perspektif psikologi Islam, kemurungan dikategori­kan sebagai penyakit kejiwaan yang dialami manusia. Sarjana psikologi Islam Ibn Miskawayh, Ibn Qayyim, al-ghazali,al-muhasibi dan Ibn Arabi ,menyatakan penyakit kejiwaan berkait secara langsung dengan peribadi dan hati individu.

Pengkaji menyamakan penyakit kejiwaan sebagai penyakit hati, antara gangguan jiwa. Penyakit hati yang boleh menjadi punca kemurungan adalah seperti sedih melampau, kedekut, penakut, suka mengejek serta memandang rendah pada orang lain, melakukan kezaliman, bangga diri dan merasa diri terbaik serta suka buruk sangka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia