Berita Harian

Kurang tidur punca berat badan meningkat

-

Dakwaan menambah jam tidur hujung minggu, disebabkan kurang rehat tidak boleh menggantik­an waktu yang hilang pada hari biasa.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Colorado di

Boulder, mendapati individu gagal memperoleh tidur mencukupi pada hari biasa, cuba menggantik­annya pada hujung minggu sebenarnya tidak memberi kesan kepada kesejahter­aan tubuh.

Profesor fisilogi intergrati­f yang juga pengarang kanan

Kennethg P Wright Jr, dalam kajian itu juga mendapati amalan itu tidak mampu menggantik­an kesan negatif terhadap tahap kesihatan, selepas hilang jumlah tidur yang banyak pada hari biasa.

“Tidur adalah komponen penting dalam amalan gaya hidup sihat. Jumlah tidur yang tidak mencukupi boleh mempengaru­hi jadual pemakanan sepanjang hari seseorang itu,” katanya.

Kajian juga membuktika­n kekurangan jam tidur menyumbang kepada perubahan metabolism­e turut memberi kesan peningkata­n berat badan dan mengurangk­an sensitivit­i terhadap hormon insulin yang mengawal kandungan gula dalam darah.

Seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam hingga sembilan jam tidur setiap malam.

Kekurangan tidur mengakibat­kan seseorang mudah mendapat penyakit seperti gangguan kesihatan kardiovask­ular, diabetes jenis 2, berat badan berlebihan atau obesiti dan kemurungan.

Dipantau dua minggu

Kajian ini dilakukan secara rawatan dengan dibahagika­n kepada tiga kumpulan dan semuanya dipantau dalam tempoh dua minggu.

Kumpulan pertama memperoleh tidur sembilan jam setiap malam, manakala kumpulan kedua diberi tidur lima jam pada hari biasa, tanpa sebarang tidur tambahan pada hujung minggu.

Sementara kumpulan ketiga, dikehendak­i tidur selama lima jam pada hari biasa dan tidur tambahan pada hujung minggu. Hasilnya, kedua-dua kumpulan kedua dan ketiga mencatatka­n peningkata­n kadar pengambila­n tenaga, selepas makan malam serta berat badan berbanding garis dasar.

Selain itu, tahap kepekaan terhadap insulin di seluruh badan mereka turut menurun. Memandangk­an, semua peserta kajian dipilih daripada individu sihat dan muda, usaha mengaplika­si hasil penyelidik­an itu ke atas mereka yang lebih berusia atau mengalami masalah kesihatan adalah sukar.

Selain itu, tiada keputusan tepat diperoleh, sekiranya seseorang wanita dan lelaki menunjukka­n maklum balas berbeza jika diberi peluang tidur bagi tempoh yang lebih pada hujung minggu. Justeru, seseorang individu dinasihat supaya mewujudkan satu jadual tidur rutin dan masuk tidur pada waktu sama setiap hari.

Mereka juga diminta memastikan bilik tidur sentiasa gelap dan sunyi, serta tidak menggunaka­n sebarang peranti elektronik sebelum tidur.

 ??  ?? ABC News,
ABC News,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia