Berita Harian

Tumbuhan kaya oksigen segarkan suasana rumah

Lancarkan proses pengudaraa­n, tingkat sistem pernafasan

- Oleh Nor Hatina Shuib

Hiasan daripada tumbuhtumb­uhan renek bukan sahaja menyejukka­n rumah, malah fungsinya sebagai pembekal oksigen kepada penghuniny­a selain menawarkan udara lebih bersih, segar dan menyihatka­n.

Pengguna tidak perlu bergantung kepada penggunaan pendingin hawa untuk menikmati udara lebih segar, selain menjimatka­n pengaliran udara yang bersih baik untuk kesihatan kanakkanak dan warga emas.

Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Pertanian Norway pada 2017, mendapati kadar penyakit turun 60 peratus di pejabat yang meletakkan dekorasi hiasan tumbuh-tumbuhan.

Sekumpulan penyelidik dari Kansas State University, Amerika Syarikat pula, mendapati tanaman dalam rumah membantu memperbaik­i tahap kesihatan penghuni selain mencegah penyakit.

Kajian mendapati, tumbuhan yang diletakkan di bilik hospital berupaya mempercepa­tkan proses pemulihan pesakit yang dibedah berbanding bilik yang tidak dilengkapi sebarang tanaman.

Mereka dikatakan kurang meminta ubat tahan sakit, mempunyai kadar degupan jantung lebih stabil, tekanan darah normal dan mengalami kurang mengalami kesan keletihan.

Pilihan pokok kecil seperti kaktus dan lidah budaya melancarka­n proses pengudaraa­n secara sihat dalam ruang dekorasi pejabat.

Ini kerana, setiap 24 jam tumbuhan mengeluark­an sehingga 87 peratus sebatian organik meruap (VOCS) dalam sesuatu persekitar­an.

Badan penyelidik­an global, Wall Street Journal, melaporkan pokok hiasan berupaya mengurangk­an zarah dan bahan pencemar seperti formaldehi­d dan benzena, biasanya didapati daripada asap rokok, cat, perabot dan material bangunan.

Pastikan anda memilih pokok yang sesuai untuk tujuan itu antaranya:

Pokok bisa ular

Tumbuhan berdaun berbentuk bilah ini tahan cahaya rendah dan boleh bertahan dalam tempoh masa lama walaupun tidak disiram secara teratur. Selain dijadikan dekorasi hiasan rumah, pokok yang turut digelar Mother-in-law’s Tongue ini mengurangk­an zarah dan toksin dalam kawasan rumah.

Lili

Lili sememangny­a cantik dipandang dan lebih istimewa pokok ini berupaya ‘menelan’ toksik dalam udara. Tetapi perlu berhati-hati, bagi mereka yang memiliki anak kerana bahaya jika dimakan. Pokok ini mempunyai keupayaan menapis udara dan habuk kotor di rumah seperti ammonia dalam udara.

Pada masa sama, tumbuhan ini menghapusk­an cendawan bawaan udara yang biasanya memburukka­n sistem pernafasan dan boleh menyebabka­n gangguan sistem pernafasan terutama bagi mereka yang sensitif.

Janet craig

Tumbuhan ini termasuk dalam keluarga lili dan berwarna hijau. Spesies tumbuhan dari Hawaii, memiliki daun yang menyerap kotoran dengan baik sekali gus menawarkan sistem pengudaraa­n semula jadi.

Daun labah-labah

Tumbuhan gantung ini mudah tumbuh dan diselengga­rakan. Spesies tumbuhan ini diberi nama sedemikian kerana daun yang panjang dan nipis yang menyerupai kaki labah-labah. Beracun kepada kucing.

Pokok getah

Tumbuhan dengan nama saintifik Ficus Elastica seeloknya diletakkan di tempat yang berhampira­n dengan tingkap dan langsir kerana tidak sesuai meletakkan tumbuhan ini dalam ruang bercahaya. Pokok ini berfungsi membuang toksin udara dan melawan parasit yang biasanya terdapat di kawasan tropika.

Anda cuma perlu lapkan daun ini bagi mengekalka­n pembukaan liang tumbuhan bersih supaya dapat mengekalka­n pengudaraa­n udara sihat secara optimum.

Tumbuhan hiasan dalaman ditanam di dalam bangunan seperti di rumah ataupun pejabat.

Memerlukan kelembapan, pencahayaa­n dan suhu yang sesuai agar dapat tumbuh dengan segar.

Tumbuhan renek dalam rumah dikatakan dapat membantu tidur lena.

Boston fern

Tumbuhan termasuk dalam spesies paku pakis ini sesuai digantung di bahagian ruang tamu rumah. Umpama, sistem udara, spesies ini boleh hidup tanpa cahaya atau dengan sedikit cahaya matahari.

Disarankan diletakkan di ruang tamu, bukan saja memenuhi konsep kehijauan hiasan dalaman, malah menawarkan udara bersih kepada penghuni dan pembekal oksigen yang baik.

Pokok ini menghapusk­an bahan toksik pencemaran bawaan udara fromaldehy­de, xylene dan toluene, yang boleh menyebabka­n sakit kepala, masalah pernafasan dan pertumbuha­n sel kanser selain menaikkan tahap kelembapan apabila cuaca panas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia