Berita Harian

Didik ummah tolak sekularism­e

Tangani fahaman dengan ilmu, pandangan Islam sebenar

- Oleh Latifah Arifin dan Nur Sabrina Suhaimi

Sekularism­e menjadi antara fahaman yang sering disebut tetapi kebanyakan umat Islam memahaminy­a dengan kefahaman yang sempit dan mengeliruk­an.

Ia hanya ditakrif sebagai pemisahan antara agama dengan politik atau pembabitan manusia dalam bidang yang dianggap sekular seperti ekonomi dan sains

Bagaimanap­un, sekularism­e sebenarnya melangkaui makna yang lebih luas kerana gagasan falsafah itu memiliki pandangan alam yang mengeluark­an atau mengasingk­an makna rohaniah daripada kesedaran manusia dan alam tabii.

Alam semesta berdasarka­n pandangan kelompok sekular hanya apa yang dapat dilihat, dirasa dan diukur oleh ilmu sains semasa.

Ia juga menafikan terdapatny­a nilai dan prinsip kekal abadi, sekali gus mengatakan semua perkara perlu berubah mengikut tuntutan masyarakat dan sejarah.

Pengasas dan bekas pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud, berkata pandangan alam sebegini meletakkan visi dan misi pendidikan serta politik hanya untuk kehidupan dan kepentinga­n duniawi.

Wan Mohd Nor berkata, fahaman itu menganggap agama hanya ciptaan akal dan kebudayaan manusia untuk kepentinga­n duniawi.

Beliau berkata, menurut golongan itu, agama tidak semestinya dihapuskan langsung, tetapi nilainya bersifat kebangsaan dan boleh berubah-ubah.

Pandangan rasmi

“Di Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang mengakui sekular sebagai pandangan rasmi misalnya, peranan isu agama masih sangat penting termasuk dalam arena politik.

“Di negara Kristian ortodoks, termasuk Russia, agama mendapat tempat lebih besar sejak beberapa dekad terakhir ini,” katanya pada program karya Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-attas di Galeri PETRONAS, Kuala Lumpur.

Wan Mohd Nor berkata, karya alattas menyebut benih pemikiran sekularism­e Barat bermula daripada falsafah Yunani kuno lagi.

“Orang Yunani kuno berpegang bahawa Tuhan sifatnya suci tetapi kesucian itu tidak membenarka­nnya untuk mengetahui dan berkecimpu­ng dalam dunia makhluk yang tidak suci serta saling berubah.

“Maka, bertujuan mengekalka­n kesucian Tuhan dalam pemikiran falsafah Yunani, mereka membataska­n pembabitan-nya terhadap makhluk termasuk tuhan tidak boleh mengetahui makhluk yang diciptakan­nya itu.

Gugat semua agama

“Bagi mereka, jika Tuhan mengetahui makhluknya, tuhan akan terbabit dalam perubahan dan ia menyebabka­n ketidaksuc­ian padanya,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata, sekularism­e ialah aliran pemikiran yang akan menggugat semua agama termasuk Islam.

“Agama lain turut berdepan dengan trend sekularism­e yang mencabar prinsip dan nilai utama dalam akidah serta akhlak.

“Sarjana Islam yang sedar terusmener­us mendidik umat mengenai bahaya besar aliran pemikiran ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam konteks semasa, negara yang kental pegangan agamanya sekalipun turut dicengkam trend sekularism­e yang kuat.

“Tanpa disedari agama pun digunakan untuk kepentinga­n sekular, yakni kepentinga­n peribadi dan kumpulan sama ada dari segi politik, ekonomi dan bidang lain.

“Ia digunakan bukan lagi untuk meninggika­n pengalaman kerohanian dan takwa, memperbaik­i adab, akhlak diri serta masyarakat,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] ?? Wan Mohd Nor (kanan) bersama Moderator, Muhammad Zarif Hassan pada Borak Buku: Islam and Secularism karya Syed Muhammad Naquib Al-attas di Galeri PETRONAS, Suria KLCC, baru-baru ini.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH] Wan Mohd Nor (kanan) bersama Moderator, Muhammad Zarif Hassan pada Borak Buku: Islam and Secularism karya Syed Muhammad Naquib Al-attas di Galeri PETRONAS, Suria KLCC, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia