Berita Harian

Islam and Secularism­e

-

Ia diterjemah­kan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Arab, Melayu, Indonesia, Turki, Farsi, Urdu, Bosnia, Croatia, Albania, dan Malayalam.

Pada asalnya idea utama ditulis dalam bahasa Melayu pada 1973 bertajuk Risalah Untuk Kaum Muslimin, tetapi diterbitka­n pada 2001 oleh Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabang­sa (ISTAC), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM)

Buku ini dianggap beberapa sarjana Muslim antarabang­sa sebagai antara buku terpenting Muslim abad ini.

Lebih malang lagi, kata Wan Mohd Nor, umat Islam masih berkelahi mengenai isu kecil yang sebenarnya sudah diselesaik­an oleh ulama muktabar sejak ratusan tahun.

“Kita berpecah-belah di dalam masjid, menyalahgu­nakan dana sedekah dan zakat, malah dalam ibadat haji serta umrah, maknanya turut disekulark­an.

“Lihat sahaja bagaimana ada orang berbangga berswafoto ketika tawaf dan menunaikan umrah setiap Ramadan dengan memaparkan kos perbelanja­an hotelnya mencecah puluhan ribu semalam,” katanya.

Beliau berkata, ia menunjukka­n bagaimana sekularism­e meresap ke dalam kehidupan umat Islam hingga kepada bab memahami ajaran Islam itu sendiri.

“Umpamanya dalam soal pemilihan pemimpin dahulu seperti Saidina Abu Bakar as-siddiq RA, Umar al-khattab RA, Uthman Affan dan Ali Abi Talib, mereka bukan saja dipilih kerana memahami Islam dan mempunyai ilmu agama semata-mata.

“Walaupun memang Khulafa’ arrasyidun itu sangat memahami agama ini, mereka turut terbukti mempunyai akhlak mulia, berwibawa memimpin dan menyatupad­ukan ummah.

Lawan dengan kaedah tepat

“Apatah lagi pada zaman itu, ada begitu ramai sahabat yang alim,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata, menurut Prof al-attas dalam buku itu, wabak sekularism­e perlu dilawan dengan cara dan kaedah tepat, iaitu ditangani melalui jalan penyebaran ilmu komprehens­if.

“Kita perlu melihat bukan sahaja pada masalah bersifat zahir seperti politik, bahkan kesilapan dalam memberikan makna kepada ilmu.

“Hakikatnya, ilmu ialah makna dalam diri dan semua ilmu perlu membawa kita mengenal Tuhan. Setiap pandangan alam (worldview), ada tafsiran berlainan mengenai ilmu,” katanya.

Tambahnya, dalam buku penting itu, masalah besar umat Islam juga disebabkan masalah dalaman yang berbentuk kekeliruan makna ilmu dan hierarki ilmu pengetahua­n sebenar.

Selain itu, Wan Mohd Nor berkata, masalah dalaman juga disebabkan keruntuhan adab dalam pemikiran dan alam perbuatan.

“Kita biadab kepada Tuhan, Nabi dan orang yang menguasai bidang itu sendiri. Misalnya dalam bab agama, kita tidak merujuk kepada pakarnya.

“Allah SWT mengutuska­n Nabi untuk mengajar ilmu ini dan disebarkan pula kepada ahli keluarga dan sahabatnya, sekali gus menjadi sumber ilmu serta teladan penting bagi kita,” katanya.

Beliau berkata, masalah asas umat Islam bersumber daripada masalah dalaman dan luaran juga menjadi semakin runcing.

Timbulkan kekeliruan

“Keruntuhan adab, iaitu kehilangan disiplin akliah, rohaniah dan jasadiah yang menghilang­kan upaya meletakkan suatu perkara di tempat wajar hingga menimbulka­n kekeliruan dan kezaliman dalam semua lapangan kehidupan.

“Faktor luaran pula adalah akibat pertentang­an antara kebudayaan dan tamadun Barat terhadap Islam,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata, karya itu turut membincang­kan sebab kemunduran umat Islam hari ini.

“Perpecahan daripada aspek politik, ekonomi, sosial dan teknologi hanya aspek permukaan sahaja, sebaliknya ada perkara lain menjadi punca termasuk, kejahilan kita sendiri.

“Bukan sahaja kejahilan itu berbahaya, malah kekeliruan dalam memahami dan kesilapan dalam menangani pengetahua­n juga perlu ditangani.

“Ada antara orang berilmu dalam kalangan umat Islam zaman ini akhirnya menganut pandangan alam sekular dan menjadi keliru terhadap pandangan alam Islamnya.

“Mereka cuba mengubah nilai dan dasar agama ini mengikut pandangan alam yang keliru itu, sekali gus menjadi antara cabaran yang kita hadapi,” katanya.

Menurutnya, manusia yang jahil boleh diajar supaya pandai, tetapi mengajar mereka yang keliru itu lebih sukar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia