Berita Harian

Keunikan seni bina Murut pikat pengunjung

-

Tenom: Pusat Kebudayaan Murut di sini mempunyai keunikan dan keistimewa­an seni bina tersendiri apabila menjadi satu-satunya bangunan terbesar di negeri ini yang dibina menggunaka­n 99 peratus kayu belian.

Kayu belian ialah sejenis kayu keras, tidak mudah reput dan berkualiti tinggi.

Terkenal dengan jolokan bangunan kayu belian terbesar Borneo, pusat kebudayaan bernilai RM14.32 juta itu menerapkan elemen rekaan berasaskan kesenian budaya masyarakat Murut yang menyimpan pelbagai khazanah warisan tradisi suku kaum itu.

Pengurus Pusat Kebudayaan Murut, Micheal Pingai, berkata keindahan seni bina itu menjadi antara destinasi tarikan pelancong di Tenom, terutama pengunjung yang mengetahui nilai estetika warisan budaya suku kaum itu dengan lebih mendalam.

148,758 pengunjung

“Pusat kebudayaan ini merekodkan seramai 148,758 kehadiran pengunjung tempatan dan antarabang­sa sejak beroperasi pada 1993.

“Ia turut menjadi pusat penyelidik­an kebudayaan suku kaum Murut di Tenom,” katanya di sini.

Micheal berkata, pelancong yang datang pada hujung minggu akan dihiburkan dengan persembaha­n tarian tradisiona­l suku kaum Murut, iaitu Magunatip dan Mangalang.

“Ia memberi peluang kepada mereka untuk melihat lebih dekat keindahan nuansa gerak tari masyarakat ini,” katanya.

Beliau berkata, pusat kebudayaan dibina di atas tapak seluas 13.3 hektar itu turut dilengkapi bangunan utama, enam blok bengkel kraf tangan dan rumah tarian lansaran.

“Panggung budaya dan dataran budaya pula masing-masing boleh memuatkan seramai 300 dan 700 pengunjung dalam satu masa,” katanya.

“Pusat kebudayaan yang dibuka setiap hari itu, boleh dikunjungi melalui jalan raya dan laluan kereta api Kota Kinabalu-beaufort-tenom.

“Pembukaan semula perkhidmat­an kereta api dari Tenom ke pekan kecil Melalap yang dijangka beroperasi tidak lama lagi, bakal memendekka­n masa perjalanan ke situ,” katanya.

 ??  ?? Pusat Kebudayaan Murut dibina menggunaka­n 99 peratus kayu belian.
Pusat Kebudayaan Murut dibina menggunaka­n 99 peratus kayu belian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia