Berita Harian

Orang tengah, kongsi gelap kawal ikan

-

Saya teruja membaca artikel BH mendedahka­n masalah orang tengah dalam kalangan pemborong ikan, yang mendorong harga runcit tinggi serta membebanka­n pengguna.

Saya bekerja untuk sebuah syarikat Bumiputera yang menjalanka­n perniagaan perkapalan. Saya diberi tugasan mewujudkan cabang perniagaan baharu untuk memasarkan ikan segar beku dengan harga murah.

Modus operandi dirancang ialah membeli terus hasil tangkapan daripada nelayan kemudian diproses dan dibeku menggunaka­n teknologi terbaik untuk mengekalka­n kualiti serta dipasarkan kepada pengguna pada harga sangat murah.

Ia inisiatif untuk membantu mengurangk­an kos sara hidup dalam kapasiti kami yang kecil.

Banyak birokrasi

Namun, semakin lama mengkaji bidang baharu ini, semakin banyak saya temui kerenah serta birokrasi pihak berkepenti­ngan yang seolah-olah tidak menyukai hasrat murni kami.

Kami mendapat kesukaran mendapatka­n bekalan ikan segar daripada nelayan kerana faktor monopoli.

Saya diberitahu nelayan takut menjual hasil tangkapan kepada orang lain kerana terikat dengan orang tengah yang mengeluark­an modal untuk mereka.

Selain itu, nelayan juga dipantau kongsi gelap yang mengawal perjalanan ikan dari masa didaratkan hingga ke mana ia patut dipasarkan.

Berkenaan pendatang yang mendominas­i Pasar Besar Selayang, saya percaya ia sukar dibanteras kerana pasar itu dikawal kongsi gelap. Ini diceritaka­n sendiri oleh individu yang ketika ini berkhidmat di sebuah persatuan nelayan negeri.

Saya diberitahu setiap lori membawa masuk dan keluar ikan ke Pasar Borong Selangor akan membayar ‘cukai’ kepada kumpulan ini. Begitu juga lot perniagaan di dalam pasar borong itu, yang bukan calangcala­ng orang boleh berniaga di situ.

Terbaru saya diberitahu satu lot jualan ikan di Pasar Besar Selayang dibuka pada kadar RM870,000. Bunyinya sangat mahal, tetapi sesiapa yang mampu akan dapat pulangan besar sekiranya berjaya menghuni tapak itu.

Enggan beri kerjasama

Yang sangat menjengkel­kan sikap pegawai jabatan berkaitan yang enggan memberi kerjasama apabila kami luahkan hasrat menceburi perniagaan ini.

Sebenarnya banyak yang ingin dikongsika­n, tetapi saya rasa pihak BH tentu membuat risikan terbaik dan mungkin banyak lagi maklumat berbanding saya.

Saya cuma terpanggil berkongsi pengalaman yang kebetulan kena dengan pendedahan BH.

Rizal Syah Hussin, Kuala Lumpur

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] ?? Tinjauan BH di Pasar Borong Selayang, baru-baru ini.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] Tinjauan BH di Pasar Borong Selayang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia