Berita Harian

Pastikan kenderaan dilengkapi kerusi khas kanak-kanak

-

Ramai ibu bapa merancang percutian untuk anak-anak sempena cuti sekolah, namun adakah mereka menyediaka­n kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan demi keselamata­n si kecil?

Anda mungkin sudah cukup teliti dan berhati-hati ketika memandu di jalan raya, tetapi tidak mampu mengawal tingkah laku pemanduan orang di sekeliling.

Kemalangan akibat kecuaian kenderaan berat boleh memudaratk­an keselamata­n penumpang kenderaan ringan. Serpihan tayar celup yang berselerak di kawasan lebuh raya pula boleh mengganggu perjalanan.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memastikan jaminan keselamata­n anak ketika dalam kenderaan sepanjang perjalanan.

Untuk pemilihan kerusi khas kanakkanak, ia bergantung berat dan saiz ketinggian, bukan pada umur. Ibu bapa juga perlu memilih kerusi khas kanak-kanak yang mempunyai label ECE R44 dan berwarna oren.

Kerusi tiruan

Pemilihan kerusi khas kanak-kanak perlu teliti kerana terdapat kerusi tiruan serta tidak mematuhi standard keselamata­n. Ini boleh mengancam keselamata­n kanakkanak.

Sebaiknya beli kerusi khas secara fizikal di kedai yang sepatutnya supaya anda boleh tanya secara terus cara pemasangan yang betul serta untuk memastikan ketulenan kerusi khas itu.

Ibu bapa perlu berwaspada dengan amaran berkenaan kerusi khas yang ditarik balik selepas dikeluarka­n negara luar kerana Malaysia belum mempunyai saluran betul untuk mengeluark­an amaran itu.

Kerusi khas yang ditarik balik kebiasaann­ya terdapat kesilapan teknikal pada produk. Penggunaan yang berterusan boleh mengakibat­kan kemalangan kepada pengguna.

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standards Users) sedia maklum kewajipan penggunaan kerusi khas kanakkanak yang akan berkuatkua­sa pada 2020.

Oleh itu, Standards Users berharap kerajaan dapat memberikan insentif cukai supaya kerusi khas kanak-kanak lebih murah dan mampu dimiliki setiap golongan masyarakat.

Golongan kurang mampu juga berhak mendapatka­n hak keselamata­n bagi anakanak kecil mereka.

Nur Asyikin Aminuddin,

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia