Berita Harian

Selamatkan FELDA agar nasib peneroka terus terbela

- Syed Ariq Amran, Klang, Selangor

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) pernah menjadi lambang kemegahan dan kejayaan Malaysia dalam membasmi kemiskinan melalui penanaman pokok kelapa sawit.

Namun, baru-baru ini laporan akhbar menyatakan hutang FELDA berjumlah RM8 bilion dan kebanyakan­nya adalah hutang daripada peneroka kepada FELDA. Bagaimana ini terjadi?

Melihat situasi FELDA yang sering dibelenggu skandal dan kontrovers­i, ia merisaukan kerana memberi impak besar.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr Othman Omar, dilapor berkata warga peneroka memerlukan pertolonga­n, di mana hutang mereka dengan FELDA sebenarnya digunakan untuk membeli keperluan untuk kerja tanaman harian.

Peneroka terhimpit

Lebih merunsingk­an apabila nilai komoditi jatuh mendadak sehingga peneroka terhimpit dibelenggu hutang tidak terbayar.

Ini juga berbalik kepada pengurusan FELDA di mana mereka bertanggun­gjawab untuk memastikan semuanya ditadbir dengan terurus.

Sebagai rakyat yang prihatin dan didorong tanggungja­wab untuk meluahkan rintihan peneroka, saya menyeru rombakan hutang peneroka dilaksanak­an dan mekanisme baharu diperkenal­kan supaya peneroka tidak hanya mengharapk­an bantuan kerajaan.

Selain itu, suatu jawatankua­sa khas dianggotai pentadbira­n mantap, berpengala­man dan bertanggun­gjawab perlu diwujudkan.

Saya mencadangk­an kerajaan melengkapi jawatankua­sa khas ini dengan pegawai pentadbira­n FELDA terdahulu, di mana mereka pernah dan boleh menerajui FELDA ke arah kejayaan.

Kita harus fokus untuk membantu peneroka dan meningkatk­an prestasi komoditi kita. Kita juga harus berhenti budaya menyalahka­n antara satu sama lain.

Pembentang­an kertas putih FELDA diharapkan dapat membawa satu perubahan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih parah.

Dengan semangat Malaysia Baharu, saya berharap kerajaan dan pentadbira­n FELDA terus melakukan yang terbaik demi menyelamat­kan agensi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia