Berita Harian

Titisan air mata kenang mangsa Christchur­ch

Ardern minta komuniti global bersatu banteras keganasan

- Christchur­ch

Upacara memperinga­ti semua mangsa pembunuhan Christchur­ch bermula, semalam yang disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengetuai lebih 20,000 orang di Hagley Park pada majlis penuh emosi itu diiringi kawalan ketat tahap tertinggi pihak polis buat julung kali di negara itu.

Sokongan masyarakat global juga jelas apabila 59 wakil negara, termasuk Perdana Australia, Scott Morrison hadir sama memberi penghormat­an kepada 50 mangsa yang terkorban pada 15 Mac lalu.

Ardern bersama pemimpin Islam dan mangsa yang terselamat daripada serangan ganas itu turut berucap menyuaraka­n pendapat dan pandangan masing-masing untuk berkongsi saat duka itu yang menyentuh perasaan warga seluruh dunia.

“Elemen rasis wujud tetapi ia

tidak akan diundang di sini. Keganasan dan sikap ekstrem dalam apa bentuk sahaja tidak diterima di sini,” kata pemimpin wanita itu.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam juga menyertai perhimpuna­n dengan menyajikan persembaha­n di pentas kepada orang ramai, termasuk masyarakat tempatan dan pengunjung asing. Beliau turut diberi kepercayaa­n memimpin bacaan doa pada majlis berkenaan.

Timbul perasaan kasih

Upacara berkenaan bermula dengan rintihan mengikut tradisi masyarakat Maori yang dilaungkan di bandar South Island, semalam.

Datuk Bandar Christchur­ch, Lianne Dalziel berkata, tragedi 15 Mac oleh pelampau kulit putih yang meragut 50 nyawa itu adalah serangan ke atas semua penduduk bandar berkenaan.

“Ia dicetus oleh sifat kebencian dan tindakan itu dirancang untuk memecah belah perpaduan yang kita semai selama ini. Perbuatan ini jelas lebih menyatukan kita dengan perasaan kasih dan sayang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira asal usul serta keturunan,” katanya.

Upacara terbabit yang bertemakan ‘Kita Adalah Satu’ ditayangka­n secara langsung oleh stesen televisyen rasmi New Zealand.

Azra Chida yang datang dari Auckland berkata, beliau kehilangan dua sahabat karib, Linda Armstrong dan Ata Elayyan dalam serangan itu.

“Saya hadir untuk bertemu keluarga mereka dan memberikan penghormat­an serta melawat mangsa di hospital,” katanya sebelum upacara bermula.

Penduduk tempatan, Bobby Turner pula memberitah­u, kehadiran beliau adalah atas semangat perpaduan dan membuktika­n keprihatin­an.

“Ia adalah satu malapetaka. Semua mangsa hanya mahu menunaikan ibadat masing-masing. Waktu sembahyang seharusnya berlangsun­g dengan penuh ketenangan dan dipenuhi rasa cinta terhadap agama,” katanya.

 ??  ?? pada majlis memperinga­ti mangsa serangan masjid di Hagley Park, Christchur­ch, semalam. Ardern (tengah) mengetuai majlis peringkat kebangsaan di Christchur­ch, semalam. Yusof Islam hadir memberi persembaha­nnya untuk mengenang mangsa serangan yang terkorban, dua minggu lalu.
pada majlis memperinga­ti mangsa serangan masjid di Hagley Park, Christchur­ch, semalam. Ardern (tengah) mengetuai majlis peringkat kebangsaan di Christchur­ch, semalam. Yusof Islam hadir memberi persembaha­nnya untuk mengenang mangsa serangan yang terkorban, dua minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia