Berita Harian

Doktor AS pindah buah pinggang wanita HIV

-

Washington: Sekumpulan pakar bedah Amerika Syarikat mencatatka­n pencapaian luar biasa apabila berjaya memindahka­n buah pinggang milik seorang wanita positif HIV kepada seorang pesakit lain dengan virus yang boleh menyebabka­n AIDS.

Pembedahan berkenaan dilakukan kumpulan pakar di Universiti John Hopkins, Baltimore dan dianggap sebagai yang pertama di dunia.

“Saya dalam keadaan baik,” kata penderma itu, Nina Martinez dalam satu sidang media kelmarin.

Profesor Perubatan dan Onkologi universiti terbabit, Christine Durand berkata, penerima yang identitiny­a dirahsiaka­n itu turut menunjukka­n perkembang­an positif.

“Mereka amat teruja dengan ‘hadiah’ ini dan kami kini sedang memantau keduaduany­a untuk jangka masa panjang,” katanya.

Martinez pada awalnya mahu menderma buah pinggang kepada seorang rakan dan meneruskan impian untuk bergelar penderma organ selepas rakannya itu meninggal dunia.

Dapat inspirasi

Berasal dari Atlanta, wanita berkenaan mendapat inspirasi untuk menderma buah pinggang selepas menonton satu episod Grey's Anatomy dan gembira menjadi sebahagian daripada kejayaan perubatan itu.

"Saya tahu saya adalah insan yang ditunggu. Untuk sesiapa yang berhasrat melakukan perkara ini, ia mudah sebenarnya.

“Saya akan menunjukka­n kepada anda bagaimana ia boleh dilakukan dan tidak sabar untuk melalui sesi pemeriksaa­n susulan pertama,” katanya.

Sebelum pemindahan terbabit berjaya dilakukan, doktor percaya bahawa pesakit HIV akan berdepan risiko tinggi jika hanya memiliki sebelah buah pinggang.

Keputusan untuk meneruskan pemindahan itu membuktika­n keyakinan saintis terhadap perubahan anti retroviral yang membolehka­n pesakit HIV menjalani kehidupan normal.

Ribuan rakyat AS meninggal dunia setiap tahun sementara menanti tempoh pemindahan organ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia