Berita Harian

Peluang Kean ‘singkir’ Ronaldo

-

Milan: Ketiadaan Cristiano Ronaldo yang cedera memberi peluang buat Moise Kean menyerlah bersama Juventus selepas pemain remaja itu beraksi cemerlang dengan Itali.

Ronaldo bakal terlepas aksi bersama juara Itali itu pada tiga perlawanan Serie A, menentang Empoli esok, Cagliari pada 2 April dan AC Milan empat hari selepas itu, akibat kecederaan paha ketika mewakili Portugal.

Pemain 34 tahun itu direhatkan oleh Juventus dalam aksi terakhir Serie A mereka, selepas dia meledak hatrik ke atas Atletico Madrid ketika mengesahka­n tiket ke suku akhir Liga Juarajuara bertemu Ajax.

Tanpa kelibat bintang Portugal itu, skuad kendalian Massimilia­no Allegri mengalami kekalahan liga pertama mereka musim ini, 2-0 di tangan Genoa.

Juventus bagaimanap­un masih selesa mendahului liga dengan jurang 15 mata ke atas Napoli untuk menjulang Scudetto kelapan berturut-turut.

Curi rahsia Ronaldo

Dan Kean kini berpeluang mempamerka­n bakatnya pada perlawanan pertama di laman sendiri menentang Empoli sejak kemenangan dramatik ke atas Atletico di Stadium Allianz.

Pemain 19 tahun itu mengutip kap pertamanya bersama Itali dalam aksi persahabat­an November lalu, tetapi penampilan keduanya untuk bekas juara dunia itu yang melonjak namanya.

Dia muncul pemain paling muda Itali menjaringk­an gol dalam tempoh 60 tahun ketika menewaskan Finland 2-0 pada aksi kelayakan Euro 2020 Sabtu lalu.

Dia sekali lagi membuktika­n ketajamann­ya di depan gawang apabila meledak jaringan dalam kemenangan 6-0 ke atas Liechtenst­ein pada Selasa.

“Saya sentiasa cuba untuk bersedia dan kerap berlatih supaya berada dalam keadaan terbaik apabila tiba masanya,” kata Kean.

“Saya belajar daripada Cristiano Ronaldo, dalam latihan, saya mencuri rahsianya. Saya hanya boleh belajar daripadany­a. Ia berlaku setiap hari.” AFP

 ??  ?? Moise Kean
Moise Kean

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia