Berita Harian

Trio wanita negara raih emas

-

Kuala Lumpur: Trio memanah wanita negara mempamerka­n aksi cemerlang selepas meraih pingat emas dalam acara compound berpasukan pada pusingan pertama Piala Asia di Bangkok, Thailand, semalam.

Gandingan Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nur Aina Yasmine Halim dan Nurul Syazhera Mohd Asmi mencatat kemenangan tipis 230-226 mata kepada trio India iaitu Priya Gurjar, Muskan Kirar dan Sanchita Tiwari pada aksi final di Lapang Sasar Memanah Hua Mark, Bangkok, demikian menurut laman sesawang Persekutua­n Memanah Asia;ww.asianarche­ry.com.

Pingat gangsa dimenangi trio Kazakhstan yang menewaskan trio Bangladesh menerusi keputusan 229-220 mata pada aksi penentuan pingat gangsa.

Fatin, bagaimanap­un gagal meneruskan kecemerlan­gan selepas tewas dengan keputusan 142-147 mata kepada Muskan Kirar pada aksi final compound individu.

Pemanah Singapura, Contessa Loh Tze Chieh yang tewas kepada Fatin pada aksi separuh akhir kelmarin, meraih pingat gangsa selepas mengatasi wakil Iran, Halimianav­val Seyedeh-vida dengan kiraan 145140 mata.

Fatin yang berganding­an dengan Syahrizan Jafar dalam acara compound campuran, sekadar menduduki tempat keempat apabila mereka tewas 149-151 kepada pasangan India, Muskan Kirar dan Siddhant Gupta pada aksi penentuan pingat gangsa.

Gandingan Iran, Seyedeh-vida Halimianav­val dan Mohammadsa­leh Palizban meraih pingat emas selepas mengetepik­an cabaran pasangan Indonesia, Sri Ranti dan Prima Wisnu Wardhana dengan keputusan 156 berbalas 154 mata pada aksi final.

Dalam pada itu, trio compound lelaki negara yang dibarisi Syahrizan Jafar, Mohd Hakhiki Mohd Kamro dan M Khambeswar­an menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas tipis 231-230 kepada trio Kazakhstan iaitu pasangan adik beradik, Rastam dan Akbarali Karabayev serta Sergey Khristich pada aksi penentuan pingat gangsa.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia