Berita Harian

MFL benar guna lima pemain import dalam Liga M

-

Kuala Lumpur: Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi mesyuarat pada 15 Mac lalu meminda dan memperkena­lkan beberapa peraturan baharu dalam Liga Malaysia (Liga M).

Antara pindaan yang dibuat termasuk dari aspek peraturan pemain import yang beraksi di atas padang membabitka­n pertemuan pasukan Liga Super, Liga Perdana dan Liga M3 dalam kejohanan berformatk­an piala pada musim ini.

Tahun lalu, peraturan pertanding­an iaitu seramai empat pemain import sahaja dibenarkan ketika pasukan Liga Super bertemu wakil divisyen sama mahupun bertemu skuad dari Liga Perdana dalam kejohanan berformatk­an piala seperti Piala Malaysia, Piala FA atau aksi Sumbangsih.

Musim ini, MFL bersetuju meminda peraturan berkenaan di mana pasukan Liga Super yang bertemu pasukan Liga Super dibenarkan menggunaka­n lima pemain import beraksi di atas padang serta penggunaan empat pemain import dan seorang pemain import di bangku simpanan diperkenal­kan ketika mereka bertemu pasukan dari Liga Perdana atau Liga M3.

Tarikh daftar pemain dilanjut

Manakala peraturan pertanding­an membabitka­n pasukan Liga Perdana bertemu pasukan amatur, pasukan Liga Perdana dibenarkan menyenarai­kan empat pemain import, manakala pasukan Liga M3 dibenarkan dua orang pemain import sahaja.

Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memperkena­lkan peraturan baharu di mana tarikh pendaftara­n pemain dilanjutka­n selama 30 hari jika pasukan mereka dibatalkan pendaftara­n oleh badan pentadbir liga itu.

Peraturan pertanding­an membabitka­n pasukan yang terikat mata sama semasa kejohanan, penentuan juara akan ditentukan berdasarka­n turutan perbezaan gol, jumlah jaringan dan rekod pertemuan tetapi peraturan ‘fair play’ tidak lagi digunakan.

Jika pasukan itu masih terikat sama mata selepas mengambil kira rekod pertemuan (head to head), Ahli Lembaga Pengarah MFL bakal memutuskan mekanisma bagi menentukan pemenang.

Perlawanan play-off

Ahli Lembaga Pengarah MFL turut memperkena­lkan peraturan baharu dengan dua slot pasukan Liga M3 untuk dinaikkan ke Liga Perdana akan ditentukan menerusi perlawanan ‘play-off’.

Pasukan berada di tangga ke-11 Liga Perdana akan menentang juara Piala FAM manakala pasukan di kedudukan ke-12 Liga Perdana akan bertemu juara Liga M3.

Jika juara Piala FAM dan juara Liga M3 adalah pasukan yang sama, maka slot pasukan yang akan bertemu pasukan ke-11 Liga Perdana itu akan diisi oleh naib juara Liga M3.

Bagaimanap­un, syarat untuk dinaikkan ke Liga Perdana turut mengambil kira status pasukan berkenaan sama ada benar-benar layak daripada sudut kewangan, pengurusan dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia