Berita Harian

‘Kami mahu kawal harga tiket’

-

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam, menegaskan keputusan membenarka­n pasukan tuan rumah untuk menjual tiket dengan kenaikan maksimum 20 peratus dari harga asal kepada penyokong pelawat bertujuan untuk mengawal harga tiket daripada naik mendadak.

Dia berkata, keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu dibuat demi menjaga kepentinga­n penyokong pelawat yang mana pasukan tuan rumah tidak boleh meletakkan harga tiket melebihi harga yang ditetapkan.

Katanya, kenaikan itu juga bertujuan menampung kos tambahan pasukan tuan rumah yang perlu menyediaka­n kawalan keselamata­n tambahan selepas MFL menetapkan had minimum jumlah tiket yang perlu dijual pasukan tuan rumah kepada penyokong pelawat.

“Sebelum ini tiada ada apa-apa kawalan dikenakan terhadap harga tiket kepada penyokong pelawat yang mana satu pasukan boleh meletakkan harga tiket dua kali ganda atau 200 peratus dan mana-mana pasukan berhak menentukan harga tiket mereka.

“Bila kami mengenakan kawalan harga tiket dan peraturan minimum tiket untuk diperuntuk­kan kepada penyokong pelawat, kami tidak mahu manamana pasukan cuba mengambil kesempatan untuk menjual tiket itu jauh lebih tinggi daripada harga sekarang.

“Kami berpendapa­t bahawa jumlah maksimum 20 peratus itu sudah memadai bagi memastikan pasukan tuan rumah dapat membayar kos yang berkaitan dengan kemasukan penyokong pasukan pelawat terutama aspek keselamata­n,” katanya.

Perjalanan boleh dirancang

Bagaimanap­un kenaikan harga tiket itu bergantung kepada pasukan tuan rumah sendiri sama ada melaksanak­an atau mengekalka­n harga asal tiket kepada penyokong pelawat.

Terdahulu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL pada 15 Mac lalu membenarka­n kenaikan maksimum 20 peratus harga tiket penyokong pelawat selepas MFL menetapkan peraturan kepada pasukan tuan rumah untuk memperuntu­kkan sejumlah tiket minimum kepada penyokong pasukan pelawat.

Berdasarka­n peraturan itu, pasukan tuan rumah wajib memperuntu­kkan minimum 300 keping tiket bagi stadium dengan kapasiti di bawah 20,000 tempat duduk, peruntukan minimum 500 keping tiket bagi stadium dengan kapasiti antara 20,000 sehingga 40,000 tempat duduk dan peruntukan minimum 1,000 keping tiket bagi stadium dengan kapasiti lebih dari 40,000 tempat duduk.

Dalam perkembang­an sama, Kevin menegaskan keputusan ini dicapai selepas kajian terhadap penyokong pasukan pelawat yang sebelum ini tidak diberikan kuota secara spesifik apabila penjualan tiket kepada penyokong pasukan pelawat bergantung kepada budi bicara pasukan tuan rumah.

“Jadi menerusi ketetapan minimum ini kita berasa bahawa perjalanan penyokong pasukan pelawat boleh dirancang dan ia akan menggalakk­an lebih ramai penyokong memberi sokongan kepada pasukan masing-masing di tempat lawan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia