Berita Harian

Faiz malukan bekas pasukan

Selangor nikmati kemenangan sulung di laman sendiri

- Oleh Syafiq Aznan

Terengganu FC (TFC) dihantui bayangan ‘bekas Messinya’, Faiz Nasir selepas pemain sayap lincah itu meledak gol kemenangan untuk membantu Selangor menewaskan skuad Penyu 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kemenangan tipis itu menyaksika­n The Red Giants berjaya menikmati kemenangan di laman sendiri buat kali pertama selepas tiga aksi di laman sendiri sebelum ini berakhir dengan satu keputusan seri dan dua kekalahan.

Meskipun longlai pada separuh masa pertama namun aksi bertenaga yang ditunjukka­n pada babak kedua membantu anak buah B Sathianath­an itu merekod kemenangan kedua berturut turut selepas permulaan perlahan musim ini.

Dominasi permainan

Pada aksi terbabit, TFC mendominas­i babak pertama yang menyaksika­n serangan balas pantas pada minit ke-28 hampir membuahkan hasil namun percubaan pemain tengahnya, Lee Tuck meleret keluar selain beberapa percubaan yang dijana pada babak pertama gagal disudahkan dengan baik.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-33 menerusi Faiz Nasir yang berada dalam kotak penalti namun percubaann­ya sempat dihalang Chantachae­ry Bin untuk memaksa 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Lee Tuck sekali lagi terlepas peluang di hadapan gol apabila tampananny­a selepas menerima hantaran Syamim Yahya melambung tinggi sebelum percubaan Ashari Shamsudin terkena tiang seminit berselang.

Bagaimanap­un, TFC tersentak apabila gerakan K Prabakaran menerusi sayap kiri Selangor tidak dihalang dan pertahanan itu melorongka­n bola sebelum ditampan mudah oleh Faiz pada minit ke-56 sekali gus menggamatk­an kembali Stadium Shah Alam dengan sorakan penyokong Selangor.

 ??  ?? Faiz (kanan) ditarik oleh pemain Terengganu, Mohamad Khairu Azrin Khazali pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Faiz (kanan) ditarik oleh pemain Terengganu, Mohamad Khairu Azrin Khazali pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia