Berita Harian

Pembinaan empangan Papar perlu kajian teliti

Masih perlu banyak ruang untuk perbincang­an sebelum buat keputusan

- Oleh Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Perancanga­n rapi jangka panjang perlu dirangka sebelum keputusan akhir dibuat berhubung cadangan pembinaan empangan Papar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Jenifer Lasimbang, berkata masih perlu banyak ruang untuk perbincang­an dilakukan berhubung pembinaan empangan itu yang dahulunya dikenali sebagai empangan Kaiduan.

Katanya, selaku wakil rakyat, beliau masih perlu mendengar pendapat dan luahan hati rakyat yang mungkin terjejas akibat pembinaan empangan itu.

“Kita juga perlu mengkaji dan membincang­kan secara terbuka, adakah pembinaan empangan itu cara terakhir bagi

membekalka­n air bersih kepada penduduk.

“Masalah utama bekalan air seperti yang dinyatakan Pengarah Jabatan Air ketika ini, sebenarnya adalah membabitka­n isu kecurian dan kebocoran saluran paip,” katanya selepas mengadakan Program Kemasyarak­atan bersama Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) di Kampung Buayan, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah KPD, Honorsius Datuk Alfred Bosuin, Pengurus Besar KPD, Kalimin Sahadi, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan dan Kewangan) KPD, Dr Rainal Lasumin.

Bantuan pembaikan

Terdahulu pada program berkenaan, KPD menyalurka­n bantuan pembaikan sistem air graviti kepada Sekolah Kebangsaan Buayan.

Selain itu, KPD juga menyumbang­kan 10 benih kelapa pandan yang bertujuan untuk mempelbaga­ikan sumber pendapatan penduduk kampung berkenaan.

Sementara itu Jenifer berkata, kebanyakan kampung di sekitar Penampang masih bergantung kepada air graviti dan kawasan tadahan air ini perlu dijaga dengan baik bagi mengelakka­n berlaku masalah air.

“Contohnya Kampung Buayan ini mempunyai sistem mini hidro dan penduduk kampung dapat menjaga tadahan air dengan baik.

“Ia cukup bagi membekalka­n air dan juga menjana bekalan elektrik di kampung ini,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN JENIFER LASIMBANG /BH] ?? Jenifer pada Program Kemasyarak­atan bersama KPD di Kampung Buayan, Penampang.
[FOTO IHSAN JENIFER LASIMBANG /BH] Jenifer pada Program Kemasyarak­atan bersama KPD di Kampung Buayan, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia