Berita Harian

Karnival burung, kupu-kupu tarikan terbaru Kadamaian

-

Kota Belud: Penganjura­n karnival burung dan kupu-kupu setiap tahun akan menjadi tarikan baharu pelanconga­n luar bandar, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick, berkata aktiviti pemerhatia­n burung, kupu-kupu dan serangga mempunyai kumpulan peminat tersendiri dalam kalangan pelancong, saintis serta ahli akademik.

Katanya, ia juga secara tidak langsung boleh dikembangk­an menjadi sumber pendapatan tambahan kepada pengusaha eko-pelanconga­n luar bandar.

“Saya memberi penghargaa­n besar kepada Kelab Rotari Kota Kinabalu dan Yayasan Kelab-kelab Rotari Malaysia kerana memilih Kampung Kiau, Kadamaian sebagai destinasi penganjura­n Karnival Burung dan Kupu-kupu sejak tahun lalu.

Kunjungan pelancong

“Saya difahamkan ramai pelancong berkunjung ke kampung ini dan sekitar Taman Kinabalu semata-mata mahu melihat sendiri pelbagai spesies burung dan kupu-kupu di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Burung dan Kupu-kupu Peringkat Negeri Sabah anjuran Kelab Rotary Kota Kinabalu, Taman-taman Sabah, Kiau Bird Watching Team dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau, di Sekolah itu, di sini, semalam.

Yang turut hadir Presiden Kelab Rotari Kota Kinabalu Philip Koh dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kelabkelab Rotary Malaysia, Philip Chong.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, pengusaha inap desa, pemandu pelancong dan penyedia perkhidmat­an seperti gerai makanan juga bakal mendapat manfaat pendapatan daripada cabang pelanconga­n seperti ini.

Sehubungan itu Ewon menyeru komuniti kampung dan komuniti luar bandar lain untuk menjaga dan memulihara sumber hutan alam sekitar supaya habitat spesies burung, kupukupu, serangga dan haiwan lain dapat terus menjadi tarikan pelanconga­n.

“Program seumpama ini menuntut tanggungja­wab bersama untuk memelihara alam sekitar dan habitat flora dan fauna, bukan hanya untuk program pendidikan serta ekonomi, tetapi juga memberi peluang kepada generasi akan datang melihat dan menghargai apa yang kita ada sekarang,” katanya.

 ??  ?? Ewon Benedick
Ewon Benedick

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia