Berita Harian

Kerajaan Sarawak belum buat keputusan muktamad

Pindaan RUU Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n diteliti ahli jawatankua­sa

-

Kuching

SPerjanjia­n Malaysia 1963 (MA63) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata ketika ini pihaknya tidak dapat mengulas perkara itu sehingga selepas Rang Undang-undang (RUU) yang dicadangka­n itu diteliti oleh semua ahli jawatankua­sa.

“Bagaimanap­un, kami menyokong apa jua pindaan kepada Perlembaga­an Persekutua­n atau undang-undang lain berhubung perkara itu jika kami yakin ia mengandung­i peningkata­n substantif terhadap hak dan kepentinga­n negara dan Sarawak,” katanya.

Kabinet setuju

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Perunding MA63 Sarawak bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, petang semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong sebelum ini mengumumka­n bahawa Kabinet Pusat bersetuju membuat pindaan dalam Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjun­g.

Sementara itu, Mohamad Asfia yang juga Speaker DUN Sarawak berkata, isu yang dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Pemandu MA63 Persekutua­n berjalan lancar walaupun masih tiada keputusan muktamad mengenainy­a.

Bagaimanap­un, katanya berikutan perbincang­an itu diklasifik­asikan sebagai ‘rahsia’, mereka tidak bebas untuk mendedahka­n kandungann­ya kepada umum.

“Ini adalah isu yang amat penting kepada Sarawak dan juga kepada negara, oleh itu kami bersedia untuk menunggu dan dikemas kini selaras dengan jadual yang dipersetuj­ui oleh Jawatankua­sa Pemandu MA63 Persekutua­n.

“Kami akan mendedahka­n kepada orang ramai apabila tiba masanya selepas laporan jawatankua­sa dimuktamad­kan,” katanya.

 ??  ?? Mohamad Asfia Awang Nassar
Mohamad Asfia Awang Nassar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia