Berita Harian

4 kementeria­n berganding

Susulan isu nelayan perah keringat pendatang kaut untung

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Hazwan Faisal Mohamad dan Hamzah Osman

Kabinet setuju menubuhkan satu jawatankua­sa khas membabitka­n empat kementeria­n bagi melindungi nelayan daripada penindasan orang tengah dan pendatang asing.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata empat kementeria­n terbabit adalah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

Katanya, selama 60 tahun isu berkaitan nelayan ditindas gagal diatasi, walaupun suatu masa dahulu pernah dilancarka­n program ‘jihad’ ke atas orang tengah bagi membantu mereka.

“Pagi tadi (semalam) kita telah bawa isu ini kepada Jemaah Menteri dan memutuskan empat kementeria­n akan menubuhkan jawatankua­sa khas bagi menyelesai­kan masalah ini.

“Kita memandang serius isu ini dan jawatankua­sa khas akan berbincang bagi mencari langkah yang komprehens­if dalam membantu nelayan,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Temoyong, di sini, semalam.

Konsortium perikanan diputuskan Kabinet

Ahad lalu, BH melaporkan mengenai nasib nelayan yang saban hari memerah keringat memastikan bekalan ikan berterusan untuk rakyat, kekal tidak berubah apabila pulangan diterima masih tidak seberapa, malah jauh lebih rendah daripada pendapatan diraih pendatang asing yang menjual hasil laut itu di pasar borong.

Mengulas mengenai konsortium perikanan yang dicadangka­n Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Salahuddin berkata, ia adalah sesuatu yang baik, namun sebarang keputusan akan dibuat pada mesyuarat jawatankua­sa khas berkenaan.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau turut membawa isu sama ke mesyuarat Kabinet yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi semalam.

“Sudah ada keputusan positif mengenainy­a dan kita akan umum bersama menteri yang terbabit pada sidang media di Parlimen, Isnin ini,” katanya.

Terdahulu pagi semalam, Dr Mahathir mempengeru­sikan mesyuarat mingguan Kabinet yang kali pertama diadakan di luar Putrajaya dan turut dihadiri antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke.

Kita memandang serius isu ini dan jawatankua­sa khas akan duduk berbincang bagi mencari langkah yang komprehens­if dalam membantu nelayan” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Isu penindasan nelayan oleh orang tengah tidak pernah reda.
[FOTO HIASAN] Isu penindasan nelayan oleh orang tengah tidak pernah reda.
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad, lalu.
Keratan akhbar BH Ahad, lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia