Berita Harian

Pengambila­n pekerja dalam talian perlahan

Situasi bukti kemerosota­n perekrutan bagi 12 bulan berturut-turut

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Aktiviti perekrutan dalam talian Malaysia terus merosot pada suku pertama 2019, dengan penumuan lapan peratus masing-masing pada Januari dan Februari 2019.

Ia sekali gus menandakan kemerosota­n perekrutan dalam talian untuk 12 bulan berturuttu­rut, demikian mengikut Indeks Pekerjaan Monster (MEI).

MEI adalah pengukur aktiviti pengumuman pekerjaan dalam talian yang dikumpulka­n oleh Monster.com setiap bulan.

Berdasarka­n perangkaan terkini itu, industri logistik, kurier/ pengangkut­an, perkapalan/ marin mencatat penurunan tahunan yang paling nyata dalam kalangan semua sektor, jatuh 21 peratus pada Februari, diikuti oleh sektor runcit dengan penurunan sebanyak 20 peratus.

Teknologi maklumat (IT), Telekom/isp dan BPO/ITES menyaksika­n pertumbuha­n tahun ke tahun yang paling cemerlang dalam kalangan

sektor industri, mencatatka­n pertumbuha­n 25 peratus pada Februari.

Sektor minyak dan gas turut mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 11 peratus dari tahun ke tahun dan terus kekal dalam kalangan industri dengan pertumbuha­n tertinggi sejak April 2017.

Di antara kategori pekerjaan, hanya satu daripada sembilan pekerjaan yang dipantau oleh MEI mempamerka­n peningkata­n permintaan setiap tahun.

Prestasi sektor

Sejajar dengan peningkata­n aktiviti perekrutan dalam industri IT, pekerjaan perisian, perkakasan dan telekom menyaksika­n pertumbuha­n tahunan yang positif iaitu sebanyak lima peratus pada Februari. Ia adalah pertumbuha­n tahun ke tahun tertinggi sejak Mac 2018.

Dalam jangka pendek, pekerjaan itu mempamerka­n pertumbuha­n positif, meningkat sebanyak tiga peratus bulan ke bulan dan 14 peratus dalam tempoh enam bulan.

Permintaan untuk profesiona­l perkhidmat­an pelanggan mengalami kemerosota­n yang paling tinggi dalam kalangan pekerjaan pada Januari dan Februari, masing-masing merosot sebanyak 33 peratus dan 38 peratus.

Peranan pekerjaan kejurutera­an/pengeluara­n, hartanah turut mencatat penurunan tahunan yang paling rendah sejak Ogos 2016, jatuh 16 peratus pada Februari.

“Walaupun ekonomi Malaysia mencatat pertumbuha­n sebanyak 4.7 peratus pada 2018, dan Bank Negara Malaysia menjangkak­an ekonomi terus berkembang pada kadar yang sederhana, tinjauan perekrutan di Malaysia untuk permulaan suku pertama adalah kurang memberangs­angkan kerana majikan masih bersikap berhati-hati berkaitan perekrutan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com bagi Asia Pasifik dan Asia Barat, Abhijeet Mukherjee.

Bagaimanap­un, beliau berkata, permintaan untuk profesiona­l teknologi mahir dan perekrutan merentas industri IT terus meningkat apabila sektor ini mencatat pertumbuha­n tahunan yang positif selama 11 bulan berturut-turut.

Tukar kemahiran

“Pemasaran digital dan sains data muncul sebagai kemahiran yang paling dicari pada suku pertama. Organisasi besar dan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) kini semakin memerlukan pekerja teknologi mahir dan jurang kemahiran yang semakin meluas adalah satu daripada halangan terbesar yang sedang dihadapi oleh pemilik perniagaan,” katanya.

Abhijeet berkata, dengan bekalan yang terhad dan persaingan sengit, banyak syarikat perlu mula melabur dalam menukar kemahiran tenaga kerja yang sedia ada dan mengalihka­n budaya syarikat agar menjadi lebih inovatif dan boleh disesuaika­n.

Permintaan untuk profesiona­l teknologi mahir dan perekrutan merentas industri IT terus meningkat apabila sektor ini mencatat pertumbuha­n tahunan yang positif selama 11 bulan berturut-turut” Abhijeet Mukherjee, Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com bagi Asia Pasifik dan Asia Barat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia