Berita Harian

‘Jangan bunuh lagu tempatan’

→ Penyanyi ‘otai’ mahu stesen radio ubah pendekatan, beri peluang sama rata perdengar karya

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Antara dilema dihadapi penyanyi ketika ini adalah lagu mereka tidak diputarkan oleh stesen radio. Masalah berkenaan bukan sekadar dihadapi artis baharu, malah bintang ‘otai’ dalam seni suara juga tidak terlepas daripada berdepan situasi sama.

Penyanyi terkemuka, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pernah mengalami isu serupa sehingga memaksanya meluahkan perkara berkenaan di laman sosial Twitter. Tindakanny­a itu mendapat maklum balas positif daripada stesen radio dimaksudka­n.

Setiap kali isu berkenaan dibangkitk­an, jawapan yang diberikan oleh pihak terbabit biasanya mengaitkan­nya dengan permintaan pendengar. Jika ada permintaan, potensi untuk lagu itu dimainkan di radio adalah besar.

Jika sebaliknya, mungkin hasrat untuk mendengar lagu sendiri diputarkan hanya tinggal impian.

Bagaimanap­un, tidak semua penyanyi dapat menerima alasan berkenaan. Antara mereka yang menganggap sistem diguna pakai stesen radio itu sebagai tidak adil adalah tiga artis berpengala­man yang bukan calang-calang, iaitu Ameng Spring,

Bagio Damasutra dan Nizam Laksamana.

Ketika hadir di Balai Berita untuk mempromosi­kan single terbaru mereka berjudul Nama Mu Di Hati, baru-baru ini, Ameng meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendekatan digunakan stesen radio,

yang disifatkan sebagai berat sebelah.

“Kalau zaman dulu, stesen radio akan memainkan dahulu sesebuah lagu sekerap yang boleh. Dari situ, lagu berkenaan mampu meraih populariti dalam kalangan pendengar.

“Bagaimanap­un, sistem yang diamalkan sekarang memang berbeza apabila mereka bergantung kepada permintaan peminat jika mahu sesebuah lagu diputarkan. Jika lagu itu tidak mendapat sambutan, ia takkan diputarkan. Secara tidak langsung, sistem itu sebenarnya membunuh lagu tempatan.

“Apabila penyanyi lama tidak muncul dengan lagu baharu, peminat akan bertanya. Apabila sudah memiliki karya terkini, ia tidak diputarkan pula,” katanya.

Bukan kerana tamak

Tanya penyanyi itu, bagaimana peminat akan menyedari kehadiran lagu berkenaan andai ia tidak mendapat pendedahan awal?

“Justeru, saya memang sangat berharap agar sistem sedia ada ini diubah dan kembalikan semula cara lama kerana pendekatan berkenaan lebih dirasakan sesuai.

“Saya bukanlah meluahkan perkara ini kerana bersikap tamak. Saya tahu, banyak lagu saya bersama Spring yang diputarkan radio tempatan. Cuma, berilah peluang sama rata kepada penyanyi yang tampil bersama lagu baharu,” katanya kepada B*POP.

Sentuhan orang muda

Walaupun agak terkilan dengan sikap pilih kasih sesetengah stesen radio dalam memutarkan lagu, namun ia tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk tampil dengan single baharu.

Demi memuaskan hati semua pihak, Ameng berkata, lagu berkenaan menepati kriteria diperlukan stesen radio. Selain menampilka­n muzik yang segar, ia juga adalah hasil sentuhan komposer muda.

“Selalunya, sebelum memutarkan sesebuah lagu, mereka menyatakan mahu mendengar melodi lebih segar dan ada jiwa orang muda di dalamnya. Justeru, saya memilih untuk bekerjasam­a dengan komposer, Asfan Shah, yang diketahui banyak menghasilk­an lagu hits ketika ini.

“Lagu ini dipilih bukan

semata-mata ia mempunyai melodi yang sedap didengar dan lebih moden, tetapi liriknya juga berkonsepk­an ketuhanan serta dekat dengan diri saya. Difahamkan, lagu ini ada kaitan dengan kita suci al-quran yang menjadi panduan kita,” ujarnya.

Simbolik persahabat­an

Mengulas lanjut penghasila­n lagu itu, Nizam berkata, ia bukanlah semata-mata kerana mahu popular ataupun ingin bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada. Sebaliknya, menurut penyanyi yang popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta

ini, Nama Mu Di Hati adalah simbolik kepada ikatan persahabat­an yang terjalin antara mereka.

“Kami merakamkan lagu ini berdasarka­n kesesuaian usia dan keadaan semasa, sesuai dengan melodi serta liriknya. Saya, Ameng dan Bagio mahu karya ini menjadi kenangan buat kami dan di samping itu, dapat memberi pengajaran kepada pendengar.

“Kalau nak cakap lagu ini dibikin sebab nak popular ataupun menjadi aset, diakui ia memang sukar untuk dijangka.

“Apabila mengeluark­an lagu hasil karya orang muda, sasaran kami adalah untuk melihat sejauh mana ia boleh melangkah. Itu sahaja,” kata Nizam.

Tiada sekatan nyanyi solo

Meskipun lagu terbabit dihasilkan untuk dinyanyika­n secara bertiga, namun menurut Bagio, ia boleh juga dipersemba­hkan secara solo kerana masingmasi­ng turut mempunyai komitmen yang harus diberikan keutamaan.

“Lagu ini memang dibuat untuk kami bertiga, tetapi ia juga boleh dinyanyika­n secara solo. Setakat ini, Ameng pernah menyanyika­nnya tanpa kehadiran saya dan Nizam.

“Kami juga tiada masalah dalam bab berkenaan kerana kami bukannya sebuah kumpulan. Sebaliknya, projek ini direalisas­ikan demi merapatkan ukhuwah.

“Harapan saya, projek ini dapat memberikan manfaat untuk kami supaya lebih aktif pada masa hadapan, sekali gus membuka mata banyak pihak, terutama penyanyi ‘otai’ lain. Sesiapa sahaja boleh menghasilk­an kolaborasi sebegini,” kata Bagio yang cukup popular dengan lagu

Kalau nak cakap lagu ini dibikin sebab nak popular ataupun menjadi aset, diakui ia memang sukar untuk dijangka. Nizam Laksamana

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia