Berita Harian

Perak laksana program kampung angkat

GLC diminta bantu Orang Asli kongsi pembanguna­n negeri, negara

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim jalal@bh.com.my

Sedih melihat kehidupan masyarakat dan perkampung­an Orang Asli terpinggir, malah ada antara penempatan langsung tidak berubah sejak berpuluh tahun lalu, kerajaan Perak melaksanak­an program kampung angkat bagi mengubah senario itu.

Usaha dibuat dengan mengarahka­n pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadikan perkampung­an Orang Asli tertentu sebagai ‘anak angkat’ dan membantu masyarakat itu supaya dapat berkongsi ‘kek’ pembanguna­n negeri dan negara.

Perak mempunyai 256 perkampung­an Orang Asli yang berdaftar dan bilanganny­a lebih jika mengambil kira perkampung­an kecil tidak berdaftar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata program itu tercetus selepas mendapati, ada perkampung­an Orang Asli dilawatiny­a, termasuk ketika berkempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderian­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, masih statik tanpa sebarang perubahan.

“Ketika kanak-kanak, arwah bapa

saya bawa melancong ke Cameron Highlands menggunaka­n jalan dari pekan Tapah. Saya masih ingat ada satu perkampung­an (Orang Asli) di tepi jalan ke Cameron Highlands dan kampung itu masih ada hari ni.

“Apabila berhenti di kampung itu, saya terkenang zaman kanakkanak dan saya dapati keadaan rumah di situ masih sama dengan keadaan 40 tahun dulu. Jadi saya fikir kenapa tak ada langsung pembanguna­n atau perubahan bagi rumah di situ.

“Saya bersembang dengan mereka di sana dan cuba memahami keadaan, maka saya dapat satu kesimpulan atau belajar bahawa mereka sebenarnya mahu kemewahan dan kesenangan,” katanya dalam satu temu bual di sini.

Ahmad Faizal berkata, sebagai Menteri Besar, beliau mahu melakukan sesuatu bagi membantu mereka walaupun menyedari usaha itu bukan mudah, termasuk sifat penempatan masyarakat itu yang jauh, malah ada bersaiz kecil.

Pilih kampung Orang Asli

“Oleh itu, saya hidupkan inisiatif untuk syarikat GLC termasuk perbadanan di Perak untuk pilih sendiri kampung Orang Asli untuk dijadikan kampung angkat.

“Apa yang mereka lakukan adalah setiap minggu perlu membuat jadual bagi pegawai mereka untuk masuk ke kampung ini untuk menjalanka­n aktiviti, sekurang-kurangnya aktiviti membaca bersama anak Orang Asli di sana.

“Apabila ada ibu dan bapa angkat daripada kalangan mereka yang dah maju dan berpendidi­kan tinggi, maka mereka juga ada citacita untuk mempunyai pendidikan tinggi seperti bapa angkat mereka dan nak keluar daripada jurang kemiskinan yang ada pada kebanyakan perkampung­an Orang Asli ini. Itu hajat saya. Jika semua bersatu-padu, buat bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membantu, insya-allah kita akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata, menyedari setiap perkampung­an Orang Asli mempunyai isu dan masalah berbeza, pendekatan bersifat mikro paling sesuai diterapkan bagi mencapai matlamat itu.

Katanya, sebagai contoh, masalah dan isu dihadapi di penempatan Orang Asli di kawasan tanah tinggi seperti berdekatan Cameron Highlands adalah berbeza dengan kawasan penempatan masyarakat itu di kawasan bawah berdekatan pekan Tapah.

Begitu juga antara penempatan yang wujud antara daerah, memerlukan pendekatan berbeza untuk menyelesai­kannya membabitka­n 256 perkampung­an Orang Asli di negeri itu.

Sementara itu, Ahmad Faizal menjelaska­n kritikan terhadapny­a berhubung kenyataan dibuat sebelum ini yang dikatakan menghina Orang Asli, adalah tidak tepat kerana ia dibuat dalam konteks yang salah berdasarka­n laporan disiarkan.

“Saya sayangkan Orang Asli dan kerana kasih dan sayang saya pada mereka, saya mesti bercakap secara terus terang. Dalam satu majlis di satu perkampung­an Orang Asli dalam kawasan saya wakili, ada Tok Batin dalam ucapannya meminta kerajaan negeri membantu membina beberapa rumah bagi mereka jadikan homestay untuk dijadikan tempat pelanconga­n.

“Saya mencadangk­an atau meminta mereka, memulakann­ya terlebih dahulu. Apa gunanya jika saya memberikan batang kail tapi mereka tak nak memancing. Apa guna saya bina mereka homestay atau resort yang cantik tetapi mereka tak mahu kendalikan­nya. “Jadi saya katakan dalam ucapan saya, sebelum kerajaan memberi apa-apa, saya syorkan pada mereka mulakan terlebih dahulu, tunjukkan kesungguha­n dan bukan sahaja saya malah kerajaan wajib membantu mereka. Ini yang saya katakan tetapi dilaporkan dalam cara berbeza yang membuatkan ia bunyi seperti saya hendakkan Orang Asli ini menghentik­an budaya meminta-minta.

Budaya meminta-minta

“Budaya meminta-minta ini adalah budaya tak baik. Dalam Islam juga tak disyorkan untuk memintamin­ta tetapi digalakkan untuk berusaha, jadi terpulang kepada orang ramai. Tetapi jika nak kata saya diskrimina­si kaum Orang Asli, saya ingat jauh sekali, malah sebenarnya secara peribadi usaha untuk memartabat­kan masyarakat Orang Asli adalah perhatian utama bagi diri saya,” katanya.

Menyentuh isu masyarakat itu dengan isu hutan, Ahmad Faizal mengakui, ada pihak tertentu menyemarak­kan rasa marah masyarakat Orang Asli terhadap kerajaan, malah ada tindakan itu merugikan masyarakat terbabit.

“Mereka (seperti) nak Orang Asli pakai cawat, Orang Asli macam kosmetik atau penghias dalam hutan, berani sungguh mereka. “Saya pula lihat mereka (Orang Asli) sebagai manusia, saya nak mereka berjaya, menikmati kehidupan lebih baik. Orang KL (Kuala Lumpur) kata, tak ada Orang Asli tak syok masuk hutan. Ini tak betul, saya rasa dalam isu Orang Asli ini sebenarnya kita sendiri yang ‘jahat’ (tidak berlaku adil),” katanya.

Mengulas lanjut isu pembalakan yang dikaitkan turut memberi kesan kepada Orang Asli, Ahmad Faizal berkata, beliau sebenarnya berbangga dengan pencapaian Jabatan Perhutanan Perak kerana melaksanak­an pembalakan mampan serta pengurusan hutan negeri itu antara terbaik di negara ini.

Malah, katanya, ramai tidak menyedari bahawa 48 peratus daripada muka bumi Perak masih dilitupi hutan dan seperti diminta Kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri mahu menambah dua peratus lagi kawasan hutan bagi mencapai angka 50 peratus.

“Ada pihak yang datang berdasarka­n satu dua laporan, tunjukkan gambar kata sesuatu kawasan itu dah botak (hutan habis ditebang) dan kata dah habis dah satu negeri, (sebenarnya) tak.

“Apa yang berlaku itu hanya di situ dan kita ambil tindakan di situ, di tempat lain masih terjaga rapi, jadi saya fikir, rakyat terhidang dengan laporan yang disensasik­an sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tidak kritikal, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif memperketa­tkan penguatkua­saan termasuk menambah bilangan Renjer Hutan daripada sembilan kepada 32 orang dan akan ditambah lagi bilangan mereka, bagi mengawal Hutan Royal Belum yang saiznya empat kali ganda berbanding keluasan Singapura daripada kegiatan pembalakan dan pemburu haram.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Ahmad Faizal (dua dari kanan) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli ketika hadir Program Kampung Angkat Orang Asli di Kampung Sungai Cincin, Chenderian­g.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Ahmad Faizal (dua dari kanan) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli ketika hadir Program Kampung Angkat Orang Asli di Kampung Sungai Cincin, Chenderian­g.
 ??  ?? Ahmad Faizal (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi meninnjau Kampung Sungai Cincin.
Ahmad Faizal (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi meninnjau Kampung Sungai Cincin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia