Berita Harian

10 kenderaan rosak nahas rempuhan

Lori kren dilapor hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Sepuluh kenderaan rosak akibat rempuhan dalam satu kemalangan di Jalan Rawang ke Kuala Garing, semalam,

selepas sebuah daripadany­a mengalami masalah brek.

Berikutan itu, seorang pemandu dan kelindan lori tiga tan yang dirempuh sebuah lori pasir, cedera, manakala pemandu kenderaan lain terselamat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof, berkata dalam nahas jam 9.45 pagi itu, pemandu lori kren yang datang dari arah pekan Rawang dikatakan mengalami masalah brek ketika menuruni kawasan berbukit di laluan terbabit.

Katanya, pemandu lori kren jenis Kato berkenaan cuba mengelak daripada merempuh kenderaan di hadapannya dengan mengambil laluan di antara lorong kiri dan kanan.

“Bagaimanap­un, ia melanggar sisi sebuah kenderaan Nissan Almera. Ia kemudian terus melanggar sisi tiga lagi kenderaan yang berada di laluan berkenaan iaitu masing-masing sebuah PERODUA Myvi, Nissan Grand Livina dan lori tiga tan jenis Nissan.

Masuk laluan bertentang­an

“Keadaan itu menyebabka­n lori tiga tan terbabit, termasuk ke laluan bertentang­an sebelum ia dilanggar sebuah lori pasir yang datang dari arah Country Homes,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Samsor berkata, dalam pada itu, lori kren jenis Kato terbabit terus melanggar sisi empat lagi kenderaan lain iaitu sebuah Nissan Sentra, Honda Jazz, Mercedes dan Honda Insight sebelum terhenti di bahu jalan sebelah kiri laluan terbabit.

Ketika kejadian, katanya, laluan berkenaan agak sibuk dengan kenderaan dan trafik bergerak perlahan.

“Pemandu lori kren berusia 61 tahun tidak cedera dan kita akan jalankan ujian saringan air kencing ke atasnya,” katanya.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Pemandu lori kren yang datang dari arah pekan Rawang dikatakan mengalami masalah brek ketika menuruni kawasan berbukit di laluan terbabit” Samsor Maarof, Ketua Polis Daerah Gombak

 ??  ?? Kenderaan dirempuh lori kren rosak teruk dalam kejadian di Jalan Rawang-kuala Garing, dekat Rawang, semalam.
Kenderaan dirempuh lori kren rosak teruk dalam kejadian di Jalan Rawang-kuala Garing, dekat Rawang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia