Berita Harian

Angkat teater ke filem

-

Langkah sutradara dan pelakon yang bakal berusia separuh abad, November depan ini, nampaknya tidak terhenti setakat itu.

Ketika ini, Nam Ron sedang menyiapkan skrip filem terbaru yang diadaptasi daripada teater hasil nukilan sendiri dan pernah dipentaska­n sekitar enam tahun lalu,

“Isu yang diketengah­kan dalam filem ini juga agak sensitif, iaitu bagaimana seorang menteri yang berjaya dalam bidang politik menerusi kumpulan samseng dinaunginy­a. Dari situ, beberapa konflik mula menjelma.

“Selain itu, saya juga mempunyai filem lain yang sudah pun disiapkan, iaitu Master Picisan. Jujurnya, saya agak bimbang dengan penerimaan khalayak terhadap filem ini kerana ia mengetenga­hkan isu dua kaum di Malaysia, iaitu Melayu dan Cina. Maklum sajalah, ketika ini isu terbabit agak panas. Ketika saya menghasilk­an filem ini, perdebatan mengenainy­a tidaklah sehangat seperti hari ini.

“Bagaimanap­un, ia tidaklah bersifat provokasi melampau. Malah, saya tetap menyalurka­n mesej positif mengenai permusuhan dua kaum yang sebenarnya tidak sihat,” terang bapa kepada tiga cahaya mata ini

Lawa belum tentu laku

Baru-baru ini, industri lakonan kecoh dengan isu bakat dan rupa apabila penerbit yang juga pelakon, Datuk A Aida, menyatakan mereka yang tidak mempunyai penampilan fizikal menarik tidak perlu hadir ke sesi uji bakat mencari pelakon pelapis.

Kenyataann­ya itu disambut dengan pelbagai reaksi oleh penggiat seni. Ada yang menyokong pendirian wanita berkenaan dan pada masa sama tidak kurang mereka yang menentang pandangan sedemikian sambil menyifatka­n kenyataan penerbit drama Halimah Jongang itu seperti sengaja menyiram minyak ke dalam api yang sedang marak.

Kata Nam Ron, dalam hal berkenaan, dia percaya duadua elemen terbabit perlu ada dalam diri seorang pelakon. Begitupun, dia menolak sekeras-kerasnya tanggapan mengatakan pelakon popular boleh melariskan sesebuah filem.

“Saya tiada masalah dengan pelakon yang memiliki rupa paras menarik, namun mereka juga kenalah ada bakat. Katakanlah filem itu berkisar mengenai pasangan bercinta, kita perlulah mencari pelakon yang mempunyai perwatakan dan fizikal menarik, kacak atau cantik. Sama juga kalau watak ditampilka­n itu adalah model rebutan ramai. Kita kena cari pelakon yang macam model.

"Tetapi, kalau ada yang mengatakan pelakon popular dan kacak boleh melariskan sesebuah filem, tanggapan sebegitu tidak benar. Ada juga filem yang menampilka­n pelakon popular dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial, namun tidak laku,” katanya.

Pengarah turut main peranan

Nam Ron yang mula bergiat cergas di arena lakonan teater sejak tiga dekad lalu berkata, selain jalan cerita, penonton turut mengambil kira faktor pengarah sebelum mereka menyaksika­n sesebuah filem.

“Sebagai contoh, filem terbitan Skop Production yang pasti akan mendapat sambutan kerana mereka mempunyai rekod yang cemerlang di pawagam dan juga pengikut setia.

“Begitu juga dengan pengarah, Mamat Khalid, yang mampu menarik minat orang ramai ke panggung kerana kredibilit­i dibina olehnya menerusi karya beliau selama ini.

“Begitu juga ada kalangan penonton yang tidak akan menyaksika­n filem arahan seseorang pengarah berikutan reputasi buruk mereka sebelum ini,” ujar graduan teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini.

 ??  ?? Jaga
Jaga
 ??  ??
 ??  ?? Nam Ron
Nam Ron

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia