Berita Harian

Matta Fair jenama pelanconga­n semakin kukuh

-

Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) menyifatka­n Pameran Matta Fair kini menjadi jenama yang semakin kukuh di pasaran pelanconga­n negara ini berikutan pelbagai produk dan pakej tambah nilai dan destinasi baharu ditawarkan.

Presidenny­a, Datuk Tan Kok Liang, berkata MATTA kini menjadi antara acara paling ditunggu oleh semua peserta dalam industri pelanconga­n negara bagi memberi tawaran terbaik kepada orang ramai.

“Kami akan terus menggalakk­an semua pemamer merangka aturcara atau pakej pelanconga­n yang segar dan baharu pada harga munasabah bagi menjadikan acara ini sebagai jenama acara yang paling dinantikan pada setiap tahun,” katanya pada media selepas penyampaia­n hadiah kepada pemenang Peraduan Pembeli Matta Fair Mac 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Acara dwitahunan itu berjaya menarik 113,685 pelawat bagi edisi Mac 2019 dengan nilai jualan keseluruha­n RM220 juta berbanding 93,084 pelawat dan jualan RM210 juta pada edisi September 2018. Beliau berkata, peningkata­n keduadua aspek itu dipacu melalui tawaran pakej tambah nilai dan destinasi terbaik pada harga yang menarik.

Banyak destinasi baharu

“Selain itu, pengenalan banyak destinasi baharu seperti Amerika Syarikat, Vietnam, Zhuhai dan Hong Kong serta bandar kedua di China jelas menarik kunjungan orang ramai ke acara ini ditambah Mac adalah bulan bagi kebanyakan individu untuk mula merancang percutian masing-masing,” katanya.

Sementara itu, MATTA mengumumka­n pemenang Peraduan Pembeli Matta Fair Mac 2019 yang menyaksika­n mereka memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa dua tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke London yang disumbangk­an oleh Malaysia Airlines.

Selain itu, terdapat hadiah seperti lebih 35 tiket pergi balik ke destinasi antarabang­sa sumbangan pelbagai syarikat penerbanga­n, lima percutian cruise Quantum of The Seas, pakej percutian dan penginapan hotel.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH ] ?? Pemenang Peraduan Pembeli MATTA Fair Mac 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB/BH ] Pemenang Peraduan Pembeli MATTA Fair Mac 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia