Berita Harian

Selagi ada kudrat tetap berkhidmat

OKU mahu terus jadi pekerja produktif

- Oleh Mohd Azis Ngah [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH]

̌

Selagi terdaya, selagi itu mereka akan bekerja. Tidak pernah wujud istilah mengalah atau lemah semangat.

Itu prinsip yang menjadi pegangan sekelompok pekerja normal yang kini bergelar orang kurang upaya (OKU), akibat ditimpa kemalangan serta penyakit, namun kini berjaya bangkit menjadi pekerja yang produktif.

Ketika ini terdapat hampir 47,986 pekerja yang ditimpa bencana kemalangan mendaftar dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) untuk menyertai program Return To Work (RTW) sejak 2007.

Seramai 22,753 daripadany­a sudah kembali bekerja dan berdikari, sekali gus mampu meningkatk­an pendapatan tanpa terlalu bergantung pampasan atau terus patah semangat apabila bergelar OKU.

BH menemui tiga daripada mereka yang kini menjalani kehidupan baharu selepas bangkit daripada zaman gelap, bahkan pernah terlantar lama di katil akibat tidak mampu bergerak.

Usahawan kecil

Suhairi Hamzah, 49, pernah mengalami strok akibat saluran darah tersumbat menyebabka­n lumpuh separuh badan dan terlantar hampir empat bulan di hospital pada 2016.

Kini, bapa kepada tujuh anak kini bergelar usahawan kecil membuat dan menjual sendiri pelbagai jenis kek serta biskut di Pasar Tani Taman Melawati, di sini.

Tangan dan kaki kirinya masih agak lemah, tetapi dia cukup bersemanga­t berniaga pada setiap pagi Sabtu, serta menjual produknya secara dalam talian.

“Ketika terlantar sakit, saya banyak menghabisk­an masa menonton televisyen terutama rancangan memasak. Sejak dulu, saya suka memasak dan timbul minat untuk membuat kek.

“Jika saya menjual makanan lain, susah nak jual kerana perlukan tenaga yang banyak. Jadi, saya pilih menjual kek dan biskut.

“Syukurlah, setakat ini, saya mampu tanggung keluarga,” katanya yang pernah bekerja di sebuah syarikat animasi di ibu negara dan kini menguruska­n perniagaan Adam Hawa Bakery, sejak 2017.

Ketika dilanda musibah akibat penyakit, Suhairi langsung tidak mampu menanggung keluarga, bahkan kediaman serta kereta miliknya terpaksa dijual untuk membayar hutang.

Tak patah semangat

Bagi V Vicneswara­n, 48, yang lebih dikenali sebagai Vicky, kecacatan yang dialaminya langsung tidak pernah mematahkan semangat untuk terus berkhidmat dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Cuma, Vicky yang menyertai APM sejak 2001 tidak lagi boleh bergerak cergas di unit operasi (Mencari dan Menyelamat), apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis pada 2015.

Kini, dia menggunaka­n sepenuhnya bakat yang ada dengan menyertai Briged Kesenian dan Kebudayaan APM, selaku pemain gitar dan penyanyi.

“Hati saya di sini (APM). Saya menyertai APM sejak 2001, semua pegawai dan anggota di sini seperti keluarga saya. Mereka banyak membantu memberikan dorongan. Saya akan sumbangkan apa sahaja yang saya ada untuk APM.

“Tipulah kalau katakan saya tidak pernah kecewa dan patah semangat. Tetapi saya kuatkan semangat, kerana saya tahu, ramai lagi yang lebih teruk berbanding saya. Sampai bila saya nak meratapi nasib sendiri,” katanya.

Kini, Vicky yang tinggal di Bandar Tun Razak bersama keluarga menggunaka­n kaki palsu dan mampu menunggang motosikal sendiri, termasuk berulang alik ke tempat kerja di Jalan Semarak.

Irwan Fairuzi Johari, 35, mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan bekerja di Bank Rakyat sebelum ditimpa penyakit lumpuh separuh badan ketika sedang bekerja pada 2014.

Selepas disahkan menghidap sindrom Gullianbar­re, keadaan Irwan semakin tenat sehinggala­h dia cuma mampu menggerakk­an kepala saja dan terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), di sebuah hospital di Kajang.

“Penyakit saya ini agak pelik kerana nisbahnya ialah 1:100,000 kes. Saya bernasib baik kerana kuman tidak merebak ke bahagian otak. Bermula dengan rasa kebas di kaki, ia merebak ke seluruh badan dan doktor berjaya mengawal apabila sampai ke leher,” katanya.

Selepas terlantar dan menjala

Ketika terlantar sakit, saya banyak menghabisk­an masa menonton televisyen terutama rancangan memasak. Sejak dulu, saya suka memasak dan timbul minat untuk membuat kek. Jika saya menjual makanan lain, susah nak jual kerana perlukan tenaga yang banyak” Suhairi Hamzah Saya menyertai APM sejak 2001, semua pegawai dan anggota di sini seperti keluarga saya. Mereka banyak membantu memberikan dorongan. Saya akan sumbangkan apa sahaja yang saya ada untuk APM” V Vicneswara­n Penyakit saya ini agak pelik kerana nisbahnya ialah 1:100,000 kes. Saya bernasib baik kerana kuman tidak merebak ke bahagian otak. Bermula dengan rasa kebas di kaki, ia merebak ke seluruh badan dan doktor berjaya mengawal apabila sampai ke leher” Irwan Fairuzi Johari

ni pemulihan, Irwan bersyukur kerana mampu kembali bekerja di tempat sama, cuma tugasnya agak ringan kerana tidak mampu bergerak seperti biasa.

Mampu berdikari

Ketika ini, dia sudah mampu berdikari di rumah, menggunaka­n tongkat, namun masih berkerusi roda jika keluar rumah kerana bimbang penyakit itu kembali menyerang secara tiba-tiba.

“Majikan sangat memahami keadaan saya. Ada masanya saya terpaksa bercuti untuk mendapatka­n rawatan,” katanya yang turut mengharapk­an dia mampu menggunaka­n kemahiran IT dimilikiny­a dengan bekerja dari rumahnya di Kajang.

Bapa kepada dua anak ini bergantung harap kepada isterinya, Amalina Mohsin, 34, untuk menguruska­n cahaya mata mereka, Muhammad Umair Hafiy, 7, serta Uwais Amsyar, 5.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, program RTW itu memberi tumpuan kepada konsep pengurusan hilang upaya bertujuan memberi penggantia­n gaji.

“Apabila kembali bekerja, mereka akan meraih pendapatan tetap dan dapat menghindar­i mereka daripada jatuh ke jurang kemiskinan. Wujud kaitan rapat antara kadar kemiskinan dengan golongan hilang upaya dan ia perlu ditangani.

“Walaupun sudah kembali bekerja, mereka masih mendapat faedah dan alatan pemulihan yang bersesuaia­n, mengikut keperluan tanpa mengira kos, selagi ia dianggap satu keperluan,” katanya. Selepas rawatan pemulihan, seorang ketua keluarga kembali menyara keluarga, anak kembali kepada ibu bapa, individu kembali kepada masyarakat, pekerja kembali kepada majikan dan kembali menjadi produktif” Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Irwan ditemani ibunya, Aisyah Umar.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Irwan ditemani ibunya, Aisyah Umar.
 ??  ?? Vicky menyertai Briged Kesenian dan Kebudayaan APM, selaku pemain gitar dan penyanyi.
Vicky menyertai Briged Kesenian dan Kebudayaan APM, selaku pemain gitar dan penyanyi.
 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Suhairi menjual pelbagai jenis kek serta biskut di Pasar Tani Taman Melawati.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Suhairi menjual pelbagai jenis kek serta biskut di Pasar Tani Taman Melawati.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia