Berita Harian

PEMILIK TANAH KAMPUNG BARU MINTA RM2,000 SEKAKI PERSEGI

Pemilik perlu kos selenggara jika premis jadi pusat tarikan pelanconga­n

- Oleh Mohd Azis Ngah

Penduduk Kampung Baru menyambut baik cadangan mengekalka­n rumah tradisiona­l kampung itu dalam pelan baharu pembanguna­n yang dijangka siap dan dibentangk­an pada September depan.

Bagi mereka, idea itu mampu mengetenga­hkan nilai tradisi orang Melayu di tengah-tengah ibu negara dan menjadi tarikan pelancong tempatan serta luar negara.

Namun, pada masa sama, mereka juga mahukan sebahagian daripada

rumah itu kekal di tapak asal dan pemilik atau penjaganya diberikan bantuan untuk memastikan keadaan rumah itu sentiasa terjaga.

Pengerusi Rukun Tetangga, Kampung Atas A dan B, Kampung Baru, Othman Ahmad, 59, berkata rumah tradisiona­l yang ada mesti diubah menjadi lebih baik, tetapi reka bentuk asal dikekalkan.

“Mesti kekalkan nilai tradisi ini di atas prinsip gaya hidup orang Melayu. Pembanguna­n tetap kena ada, sebab itu keperluan ekonomi negara dan bangsa.

“Tetapi kena fikirkan juga soal imbuhan kepada tuan rumah. Kalau premis itu mahu dijadikan pusat tarikan pelancong, ia perlu ada manfaat berterusan kepada pemilik atau waris,” katanya.

Beliau berkata, bantuan kewangan itu adalah untuk proses penyelengg­araan berterusan bagi memastikan keadaan rumah dalam keadaan baik dan pada masa sama, ia bertujuan sebagai rujukan kepada generasi muda.

Sebelum ini, Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru (PKB) menyenarai­kan 11 rumah tradisiona­l yang terpilih untuk dijadikan contoh rumah baharu yang akan dibina di Taman Warisan Melayu.

Bina 136 rumah tradisiona­l

Ia termasuk cadangan membina 136 rumah tradisiona­l dalam bentuk butik, berdasarka­n reka bentuk asal untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong.

Walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi jenis rumah dipilih PKB, antara rumah yang menjadi sebutan ialah rumah kayu di Jalan Haji Yahaha Sheikh Ahmad (Jalan Watson).

Rumah ini mempunyai tangga batu berwarna hijau, menggunaka­n atap zink serta mempunyai ukiran kayu di beranda.

Tingkap rumah ini masih menggunaka­n gaya lama, iaitu sama saiz dengan daun pintu utama dan berbentuk menegak ke atas.

Sebuah lagi rumah yang popular ialah ‘Rumah Biru’ yang ketika ini kerap menjadi tarikan pelancong tempatan untuk merakam gambar kenangan.

Rumah kecil ini berlatar belakang bangunan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) dan mempunyai laman yang ditanam pokok kelapa.

Rumah ketiga yang menjadi pilihan ialah rumah persinggah­an Sultan Selangor yang terletak di Jalan Raja Muda Musa.

Bangunan induk rumah berusia lebih 100 tahun ini masih kekal walaupun diubah suai beberapa kali.

Generasi kelima yang tinggal di rumah tradisiona­l ini, Abdul Rahman Hussein, 68, menegaskan, rumahnya itu hampir musnah ditenggela­mi banjir besar pada 1971.

“Rumah ini perlu dikekalkan. Inilah warisan keluarga.

“Kami sendiri pun tak tahu apa perancanga­n PKB dan setakat ini, kami memang bercadang membangunk­an tapak rumah ini,” katanya.

Abdul Rahman kini tinggal bersama ibunya, Sutiah Ahmad, 90.

Rumah yang mempunyai laman besar ini terletak kira-kira 100 meter dari projek pembinaan bangunan Legasi yang menempatka­n bangunan komersial serta kondominiu­m mewah.

Sebuah lagi rumah contoh ialah ‘Rumah Pink’ yang terletak di Jalan Raja Mahadi, berhadapan dengan restoran popular, Nasi Lemak Wanjo.

Rumah kecil yang mempunyai kolong di bawahnya menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung ke laluan utama berkenaan untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang membuatkan Kampung Baru digelar syurga makanan.

 ??  ??
 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Rumah kampung di Jalan Hamzah, Kampung Baru Kuala Lumpur.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Rumah kampung di Jalan Hamzah, Kampung Baru Kuala Lumpur.
 ??  ?? Othman Ahmad
Othman Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia