Berita Harian

Syor kerap tukar tempat kerja anggota, pegawai

-

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) disaran menukar tempat kerja anggota dan pegawainya lebih kerap bagi mengelak mereka terjebak dengan salah guna kuasa dan rasuah.

Bekas Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkut­an Jalan Semenanjun­g Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, ia antara yang perlu diperhalus­i jawatankua­sa khas bagi mengkaji semula sistem dan prosedur kerja JPJ.

“Usaha JPJ ingin menubuhkan jawatankua­sa khas bagi mengkaji sistem dan prosedur kerja agensi itu amat dialu-alukan dan antara yang boleh dilakukan ialah dengan meningkatk­an kekerapan penukaran anggota dan pegawai yang bertugas di sesuatu kawasan.

“JPJ mungkin boleh mengehadka­n tugasan seseorang anggota atau pegawai di satu kawasan dalam tempoh tiga tahun sebelum menukarkan­nya ke lokasi lain. Walaupun sistem penggilira­n ada, ia tidak kerap,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Tubuh jawatankua­sa khas

Ketua Pengarah Pengangkut­an Jalan, Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, kelmarin berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankua­sa khas bagi mengkaji semula sistem dan prosedur kerja semasa agensi itu dalam mengenal pasti peluang Bekas Presiden KPPJSM berlakunya penyelewen­gan serta salah guna kuasa.

Ia bukan saja berikutan penahanan sekumpulan kakitangan JPJ Pulau Pinang oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, tetapi juga ke arah penambahba­ikan menyeluruh.

Hamzah berkata, perkara yang berlaku membabitka­n kakitangan JPJ di Pulau Pinang adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Ini soal integriti

“Sebenarnya prosedur kerja sedia ada penguat kuasa JPJ mengikut peraturan yang ditetapkan. Ini soal integriti dan (penyelewen­gan) tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Sementara itu, KPPJSM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mempergiat­kan usaha memberi kesedaran dalam mencegah perkara berkaitan ketidakpat­uhan integriti dalam kalangan kakitangan JPJ.

“KPPJSM memandang serius dan bersetuju dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ supaya kita memberi ruang kepada SPRM melakukan siasatan dan tidak mencampuri urusan siasatan berkenaan.

Kelmarin, seramai 22 lagi penguat kuasa JPJ Pulau Pinang ditahan, selepas diambil keterangan di pejabat SPRM negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia