Berita Harian

Memperkasa francais negara

-

Perniagaan francais bukan baru di Malaysia. Sejak 1940-an, beberapa konsep perniagaan seperti stesen minyak, mesin jahit, pengedaran minuman dan kenderaan adalah perniagaan francais yang lebih dikenali francais cap dagangan.

Pada 1963 menyaksika­n A&W memasuki Malaysia dengan outlet pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, menandakan bermula era kemasukan sistem francais dari luar negara. KFC memasuki Malaysia pada 1973, manakala Mcdonalds memasuki Malaysia pada 1982.

Pihak kerajaan mula memberi perhatian serius terhadap konsep perniagaan francais apabila Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-4) melancarka­n Program Pembanguna­n Francais (PPF) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri pada 1992.

Antara objektif PPF adalah untuk meningkatk­an bilangan francaisor tempatan, francaisi induk dan francaisi yang berjaya serta menggerakk­an pembabitan Bumiputera dengan lebih aktif dalam sektor perdaganga­n, perindustr­ian dan perkhidmat­an.

Tahun 1994 menyaksika­n Persatuan Francais Malaysia (MFA) ditubuhkan dan penganjura­n Pameran dan Persidanga­n Francais pertama di Malaysia. Bahagian Francais ditubuhkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan pada 1 Julai 1995 dan hasilnya Akta Francais 1998 diperkenal­kan yang menyaksika­n Malaysia negara pertama merangka akta sebegini di dunia.

Tahun 2004 memperliha­tkan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai agensi kerajaan yang diintegras­i untuk merancak francais dalam negara dengan pelbagai skim pembiayaan dan pembanguna­n francais. Seterusnya, Enhanced Franchise Developmen­t Programme (EFDP) dilancarka­n pada 2015 untuk mengukuhka­n penembusan francaisor Malaysia ke pasaran

antarabang­sa dan pada 2018 menunjukka­n francais menyumbang RM30.3 bilion kepada KDNK Malaysia.

Buka peluang pekerjaan

Dalam konteks ekonomi negara, francais mempunyai beberapa kelebihan kerana ia adalah aktiviti keusahawan­an yang menjana pendapatan dan mencipta peluang kerja baharu. Di Amerika Syarikat, industri francais menjana pendapatan melebihi AS$2.1 trilion dan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada lebih 18 juta orang.

Bagi usahawan atau syarikat francaisor, ia satu konsep perniagaan yang lebih pantas dikembangk­an berbanding kaedah lain kerana berupaya mengatasi masalah kekurangan modal, pengetahua­n pasaran dan modal manusia. Dalam industri peruncitan, francais adalah kaedah terpantas dalam pengembang­an perniagaan semasa.

Bagi usahawan francaisi, membuka francais dilihat lebih baik kerana sistem perniagaan terbukti berjaya, memiliki jenama kukuh, mendapat latihan, sokongan dan bimbingan francaisor, lebih mudah dan cepat ditubuhkan serta kurang berisiko berbanding membuka perniagaan bahru.

Negara maju seperti Jepun memiliki lebih 200,000 francaisi, Korea Selatan lebih 280,000 francaisi dan Singapura memiliki lebih 2,300 francaisi. Dalam perdaganga­n antarabang­sa, francais sebenarnya menyumbang lebih banyak kepada negara berbanding konsep perniagaan lain.

Pertama, francais mempunyai kelebihan pengekspor­tan kerana sebahagian francaisor tempatan perlu mengekspor­t bahan mentah dan barang siap ke negara ditembusi. Kedua, francais memiliki kelebihan pelesenan kerana francaisi induk dan francaisi di luar negara perlu membayar fi francais, royalti jualan dan pelbagai fi kepada francaisor Malaysia yang biasanya berkadar daripada lima sehingga 15 peratus.

Ini menjamin pulangan berterusan kepada francaisor Malaysia dan lebih baik berbanding pulangan dividen atas pelaburan luar kerana ia diasaskan kepada jumlah jualan dan bukan diasaskan kepada keuntungan bersih. Ketiga, berbanding kos dan risiko membuka cawangan perniagaan di luar negara, risiko ini ditanggung francaisi induk atau francaisi luar negara, bukan francaisor Malaysia.

Apatah lagi, francaisor Malaysia memperoleh manfaat nilai muhibah iaitu jenama Malaysia yang dikembang dan dipopulark­an di pasaran antarabang­sa yang dilabur dan dipromosi oleh syarikat luar, bukan francaisor Malaysia, serta mendapat sambutan dan kesetiaan pelanggan daripada warga dunia.

Kejayaan francais di pasaran antarabang­sa adalah bukti nyata. Sekitar satu pertiga sistem francais di United Kingdom berjaya menembusi pasaran antarabang­sa. Mcdonald’s memiliki lebih 37,800 outlet di lebih 100 negara ( jualan melebihi AS$21 bilion). KFC pula memiliki lebih 22,621 outlet di 118 negara.

Bagaimana dengan francais dari Malaysia? Nelson’s memiliki lebih 800 outlet di 16 negara, Global Art dengan 600 outlet di 17 negara, Laundrybar dengan lebih 500 outlet di semua negara ASEAN dan Marrybrown lebih 350 restoran di 20 negara.

Malaysia miliki 60 jenama francais

Manhattan Fish Market yang ramai menyangkak­an bukan jenama Malaysia kini memiliki 72 restoran di 13 negara. Ringkasnya Malaysia kini memiliki 60 jenama francais yang menembusi 55 negara. Bayangkan pendapatan yang boleh dibawa balik ke Malaysia jika francais Malaysia di luar negara menghasilk­an jualan sebanyak RM100 bilion setahun.

Selepas lebih 27 tahun francais menjadi sebahagian strategi dan dasar kerajaan, beberapa tindakan proaktif diperlukan untuk menambah baik industri ini. Pertama dengan memutihkan senarai sistem francais berdaftar memandangk­an sebahagian 870 sistem francais sedia ada bankrap, ditutup atau tidak lagi terbabit dengan francais.

Kedua adalah mengkaji keberkesan­an dan kecekapan dasar sedia ada, menambah baik dan merangka dasar baharu. Ketiga, program pembanguna­n dan latihan francaisor dan francaisi perlu menekankan aspek kualiti sistem berbanding aspek kuantiti.

Kegagalan lalu harus diambil pengajaran. Seterusnya, pihak kerajaan disarankan mengkaji semula dasar untuk memperkuku­h pembanguna­n usahawan Bumiputera dalam industri seperti dihasratka­n sebelumnya.

Kelima, industri memerlukan Blueprint 2020-2025 untuk menyediaka­n strategi dan dasar menyeluruh serta bersepadu untuk memacu industri ini. Dengan arus globalisas­i dan liberalisa­si ekonomi dunia serta kemajuan teknologi komunikasi, industri francais mampu melonjakka­n Malaysia sebagai negara maju.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia