Berita Harian

Mangsa tak semesti semua betul

- Penulis adalah Pengarang Berita BH

Selepas meninjau lokasi kes pembunuhan kejam di suatu kawasan pergununga­n Perancis, Commissair­e (Detektif Superinten­dan) Pierre Niemans mula menyelidik latar belakang mangsa. Ramai hairan pendekatan beliau, tetapi itulah kaedah penyiasata­n Niemans sehingga tersohor antara penyelesai kes prolifik.

Bagi watak utama dalam filem The Crimson Rivers itu, mangsa tak semestinya semua betul dan mengenali mereka akan membantu memudahkan beliau mencari pelaku jenayah. Di pentas dunia, ramai menampilka­n mereka seperti mangsa tetapi sebenarnya adalah pengganas. Antaranya rejim Zionis di Israel.

Di Malaysia, ramai juga individu dan kumpulan yang menzahirka­n mereka adalah mangsa, mangsa fitnah dan mereka ‘sebenarnya’ suci. Akan tetapi, pengalaman kita lalui selalu menunjukka­n tak semua dizahirkan benar. Ketika baru bekerja sebagai wartawan, antara isu di akhbar ialah kes buli jalan raya.

Pada suatu malam, jurugambar dan saya diminta bergegas ke hospital kerana ada individu parah

akibat muka ditoreh dengan pisau. Kasihan tengok keadaan lelaki itu, tetapi siasatan polis mendapati dia sebenarnya pembuli jalanan.

Kena serang dengan mangsa

Dia diserang balas lelaki yang ditikamnya sebelum itu pada tangan akibat isu kecil di jalan raya. Lelaki itu merampas pisau digunakan dan menoreh muka penyerang, mungkin sebagai peringatan untuk tidak lagi menjadi pembuli jalanan.

Selain buli jalan raya, kerap dibaca dibaca di akhbar berkaitan kes penipuan Macau Scam atau Love Scam.

Ia semakin berleluasa kerana mangsa bukan setakat orang biasa, malah turut membabitka­n golongan berpelajar­an tinggi seperti doktor, ahli profesiona­l, pesara guru dan mereka yang bekerja sendiri termasuk peniaga.

Seperti trend mangsa terdiri mereka yang berduit, seolah-olah pemangsa dapat menghidu manamana kumpulan berduit dan terdedah untuk ditipu. Modus operandi biasa ialah mangsa dihubungi individu tertentu, biasanya memperkena­lkan diri sebagai polis atau peguam.

Yang dihubungi pula biasanya dikatakan mempunyai kesalahan tertentu sama ada jenayah berat seperti bunuh atau kes mahkamah tertunggak. Jika ringan sekalipun membabitka­n saman trafik yang sudah jadi kes mahkamah.

Saya sendiri pernah dihubungi kononnya saman Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) di Slim River sudah jadi kes mahkamah. Jika termakan ugutan, dari sinilah ramai tertipu apabila sindiket meminta mangsa memindahka­n wang ke akaun bank lain untuk mengelak akaun dibekukan.

Modus operandi lain Macau Scam ialah menerusi laman sembang, mencari pasangan atau laman sosial yang mengiklank­an skim pinjaman mudah.

Bagi yang dihubungi, anggota sindiket seperti tahu mencari mangsa yang memang ada isu. Seperti ada kumpulan tertentu menyalurka­n maklumat mengenai individu yang mudah dikompromi berikutan isu mereka sendiri.

Ada pihak lain bersekongk­ol

Namun, agak mengejutka­n juga apabila ada peniaga kecil yang kerugian hampir setengah juta ringgit diperdaya sindiket ini. Bagaimana peniaga kecil sebegitu mempunyai wang begitu banyak. Tanpa prejudis ia mungkin harta pusaka, kemenangan loteri atau sumbangan sesiapa kepadanya.

Akan tetapi, ini menunjukka­n sindiket ada pengetahua­n mengenai kedudukan kewangan mangsa. Mungkinkah ada pihak seperti bank umpamanya bersekongk­ol dengan sindiket menyalurka­n maklumat?.

Berdasarka­n rekod, 1,627 kes Macau Scam dengan kerugian bernilai RM98.3 juta dicatat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh sembilan bulan pertama

2018. Jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama 2017 membabitka­n 862 kes dengan kerugian RM25.8 juta.

Peningkata­n kes dan jumlah kerugian agak membingung­kan. Ini merungkai persoalan adakah rakyat Malaysia peka atau tidak mengenai jenayah Macau Scam. Jawapannya mungkin tidak. Jika ya, masakan berlaku peningkata­n ketara antara 2017 dan 2018.

Siasat latar belakang mangsa

Jika dipanggil Commissair­e Niemans menyiasat, langkah pertama beliau mungkin kenali mangsa. Pasti beliau tertanya-tanya bagaimana seorang penjaja boleh pindahkan hampir setengah juta ringgit ke akaun tidak dikenali dalam beberapa urus niaga.

Mungkin beliau akan mengesyaki mangsa ada isu lain dan selepas tersepit barulah buat laporan menjadi mangsa Macau Scam.

Bagi saya, isu penting ialah kita yang terdedah sebagai mangsa. Jika ada saman trafik umpamanya perlu jelaskan sehingga ahli sindiket tiada modal untuk takutkan kita. Jika kita ‘clear’ (bersih) tiada ruang untuk orang lain jadikan kita sebagai mangsa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia