Berita Harian

Amalan penyembeli­han baik masih rendah

-

Muar: Kesedaran masyarakat mengenai amalan penyembeli­han yang baik, masih pada tahap rendah, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Katanya, ia menyebabka­n perkara berkaitan kebajikan haiwan serta undang-undang, peraturan dan pengurusan bagi pengendali­an kerja penyembeli­han, tidak diterapkan dengan baik.

Beliau berkata, seperti mana sedia maklum, aktiviti penyembeli­han ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri sering dilaksanak­an umat Islam di negara ini dengan lazimnya berkaitan keperluan untuk ibadat akikah, korban serta majlis keraian.

Katanya, kebanyakan pengetahua­n masyarakat ketika ini berhubung penyembeli­han adalah secara turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi yang lain.

Tumpu kumpulan sasar

“Ini menyebabka­n perkara membabitka­n kebajikan haiwan, undang-undang, peraturan serta pengurusan bagi pengendali­an aktiviti penyembeli­han yang menitikber­atkan keselamata­n makanan dan kualiti daging dihasilkan, tidak diterapkan ketika ia dilaksanak­an.

“Walaupun aktiviti ini dijalankan secara bermusim, kepentinga­n bagi meningkatk­an kefahaman amalan penyembeli­han yang baik serta menitik berat aspek kebajikan, kebersihan dan keselamata­n makanan, perlu diberi kesedaran.

“Ia perlu diberikan kepada kumpulan sasar seperti ahli jawatankua­sa masjid dan ketua masyarakat supaya produk dihasilkan adalah selamat dan berkualiti,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Seminar Penyembeli­han Ternakan 2019 di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Sulaiman Kaiat.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Johor, Dr Aida Muhid.

Seterusnya, Salahuddin berkata, hanya segelintir yang memiliki pengetahua­n dan pengalaman berkaitan perkara berkenaan, justeru seminar seumpama itu wajar diteruskan pada masa depan.

Status kesihatan ternakan

Dalam pada itu, beliau berkata, wujud beberapa isu berkait rapat penyembeli­han, antaranya mengenai masalah kesihatan ternakan yang hendak disembelih.

“Status kesihatan ternakan masih kurang diberi perhatian oleh pengguna. Ternakan sepatutnya bebas sebarang penyakit sama ada yang memberi kesan terhadap ekonomi atau jangkitan kepada pengguna.

“JPV menyediaka­n prosedur perlu dipatuhi kerana perkara ini penting bagi memastikan ternakan yang disembelih adalah daripada sumber berkualiti dan menepati syarat serta peraturan ditetapkan.

“Kemudahan tempat ketika menjalanka­n aktiviti itu juga perlu disediakan supaya aspek kebajikan haiwan terbabit tidak diabaikan, dan ia secara tidak langsung meningkatk­an kualiti daging yang diperoleh sebaik sahaja ternakan berkenaan disembelih.

“Selain itu, kita sedia maklum ternakan ini diperoleh daripada pelbagai latar belakang dan sistem pengurusan yang menyebabka­n ia mungkin mudah atau sukar dikendalik­an. Sebagai contoh, ternakan hendak disembelih menjadi liar dan ganas sehingga terlepas yang sudah tentu boleh mengancam keselamata­n masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pengetahua­n dan kesedaran mengenai perkara sedemikian perlu diberi kepada masyarakat umum supaya perkara berkaitan risiko keselamata­n dapat dielakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia