Berita Harian

Penyenarai­an Malaysia dalam indikator ‘K’ tak berasas

-

Kuala Lumpur: Penyenarai­an Malaysia dalam indikator ‘K’ yang berpotensi berlakunya penculikan disifatkan tidak berasas kerana situasi sebenar masih dalam kawalan berikutan operasi keselamata­n yang berterusan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata walaupun penyenarai­an yang dilakukan dalam Travel Advisory (Nasihat Perjalanan) itu mencermink­an keprihatin­an Amerika Syarikat (AS) terhadap jenayah penculikan dan tebusan di kawasan timur Sabah, ia menjejaska­n keyakinan pelancong untuk mengunjung­i negara ini.

“Dilaporkan ketibaan pelancong di Sabah meningkat sebanyak 5.5 peratus, mencecah 3.87 juta tahun lalu.

“Sabah turut menduduki senarai lima teratas negeri yang kerap dikunjungi di Malaysia, manakala Kota Kinabalu berada di kedudukan kesembilan dalam senarai destinasi pilihan pelancong Asia ketika Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

“Selain itu, Malaysia juga terus menjadi pilihan pelancong AS apabila mencatatka­n peningkata­n 27.9 peratus, menjadikan jumlah keseluruha­n mencapai 253,384 orang tahun lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Malaysia selamat untuk dikunjungi

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, Malaysia turut berada pada kedudukan ke-25 dalam senarai Indeks Keamanan Global pada tahun lalu, sekali gus membuktika­n negara ini selamat untuk dikunjungi.

“Jenayah di seluruh negara menunjukka­n penurunan sebanyak 11.9 peratus atau 11,949 kes pada tahun lalu berbanding 2017.

“Bagaimanap­un, kita mesti menerima hakikat bahawa tiada negara di dunia yang bebas daripada jenayah termasuk Malaysia namun pelancong akan berada dalam keadaan selamat selagi mereka berhati-hati dan mendengar nasihat pihak berkuasa, hotel dan ejen pelanconga­n,” katanya.

Pada masa sama, Lam Thye turut menyaranka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencari jalan terbaik bagi menangani persepsi negatif orang ramai terhadap tahap keselamata­n yang disifatkan­nya masih tidak berubah.

“Antara faktor utama persepsi negatif itu masih meluas adalah kerana kekerapan cerita jenayah dilaporkan media, perkongsia­n cerita jenayah di media sosial turut menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan rakyat kerana kebanyakan mereka mempunyai pengalaman sendiri menjadi mangsa jenayah.

 ??  ?? Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia