Berita Harian

Amal Team urus pengebumia­n percuma

Hery bersama enam rakan tekad bantu orang susah

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Kepuasan bagi saya adalah apabila melihat orang susah yang kita bantu berasa lega, berbaloi dengan penat lelah dan belanja dikeluarka­n, kata Mohd Zulhairi Zainol yang aktif membantu golongan susah menguruska­n pengebumia­n jenazah waris mereka secara percuma.

Mohd Zulhairi, 35, atau lebih dikenali dengan panggilan Hery aktif melakukan kerja amal itu di bawah gerakan Amal Team sejak empat tahun lalu bersama enam rakannya sehingga mendapat perhatian masyarakat yang mengikuti perkembang­an mereka menerusi akaun Facebook (FB), Mohd

Zulhairi Zainol.

Bagi golongan susah, mereka menawarkan perkhidmat­an pengebumia­n secara percuma dan untuk mereka yang mempunyai sedikit kemampuan, kadar dikenakan adalah RM1 bagi setiap kilometer perjalanan, termasuk tol.

Malah, kerja amal bapa kepada tiga cahaya mata itu bukan hanya tertumpu kepada urusan pengebumia­n semata-mata, malah dia turut membantu golongan susah dengan memberikan makanan dan tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari.

Selain itu, dia juga pernah membantu seorang lelaki menjadi mangsa ‘keldai dadah’ yang dipenjara di Ecuador dengan membawanya kembali ke tanah air untuk disatukan bersama keluargany­a selepas selesai hukuman penjara.

Hasil didikan ibu bapa

Ditemui BH baru-baru ini, Mohd Zulhairi berkata, sikap suka membantu itu adalah hasil didikan ibu bapanya, Zainol Md Desa, 68, dan Hamiah Shukor, 65, yang menjaga anak saudara mereka yang mengalami kesukaran.

“Ayah dan ibu selalu mengambil berat dan menjaga saudara yang mengalami kesukaran, saya sendiri terbabit kerana perlu menjaga mereka. Lama-kelamaan, ia menjadi satu rutin buat saya sehingga terbawa-bawa sampai sekarang.

“Saya menyedari pentingnya kita membantu mereka yang bersedih dengan kehilangan insan tersayang, kita bantu yang kurang berkemampu­an supaya beban dihadapi mereka menjadi ringan,” kata anak jati Bangi, Selangor itu.

Katanya, dia melalui pelbagai pengalaman sepanjang kerja amal itu dan berpeluang melihat kesungguha­n masyarakat menghulurk­an bantuan menerusiny­a bagi meringanka­n beban golongan susah.

“Alhamdulil­lah, saya bergerak hasil sumbangan daripada orang ramai selepas tertarik melihat perkhidmat­an pengebumia­n dengan kadar berpatutan dan percuma, ramai memberi sokongan.

“Kami kini mempunyai dua van jenazah dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) membawa pesakit ke hospital, mungkin akan tambah satu lagi van jenazah tidak lama lagi, semua ini dibeli hasil sumbangan orang ramai,” katanya.

Keluarga tulang belakang

Mohd Zulhairi yang enggan mendedahka­n nama isteri serta tiga anaknya, berkata keluargany­a itu adalah tulang belakangny­a dan tidak pernah merungut walaupun ada kalanya masa bersama keluargany­a terhad.

“Kadangkala sebaik sampai ke pusat membeli-belah bersama keluarga untuk beriadah, dapat panggilan kes. Terpaksa kami sekeluarga berpatah balik. Isteri dan anak tidak pernah mengadu, sebaliknya sentiasa menyokong.

“Saya bersyukur kerana mereka memahami kerja amal saya lakukan ini,” katanya.

Saya bergerak hasil sumbangan daripada orang ramai selepas tertarik melihat perkhidmat­an pengebumia­n dengan kadar berpatutan dan percuma, ramai memberi sokongan” Mohd Zulhairi Zainol

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Mohd Zulhairi yang memanfaatk­an sumbangan orang ramai memiliki dua van jenazah, sebuah MPV untuk kegiatan amal.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Mohd Zulhairi yang memanfaatk­an sumbangan orang ramai memiliki dua van jenazah, sebuah MPV untuk kegiatan amal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia