Berita Harian

Komited hidupkan galeri

Inisiatif segera perlu untuk rangsang pengunjung ke Pustaka Peringatan P Ramlee

- Oleh Hanisah Selamat

Megah berdiri di tengah ruang, piano kesayangan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee di Pustaka Peringatan P Ramlee di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur adalah simbolik cinta Seniman Agung itu terhadap dunia muzik.

Masih di tempat asalnya, bersebelah­an meja makan yang menjadi ruang kesukaan keluargany­a, di situ juga kebanyakan masanya dihabiskan, andai tidak ke studio penggambar­an atau menghasilk­an skrip filem.

Difahamkan, piano itu juga antara instrumen utama yang digunakan P Ramlee dalam menghasilk­an karya agung,

termasuk sentuhan terakhir yang dialunkan isterinya, Puan Sri Saloma iaitu Air Mata Di Kuala Lumpur, sebelum arwah meninggal dunia pada 1973.

Piano buatan Eropah yang dianggarka­n berusia 60 tahun menjadi alat muzik kesayangan maestro seni terbabit.

Sama ada barangan peribadi, termasuk kereta, piano atau persalinan yang digayakan untuk filem lakonan dan arahannya, semua ini meletakkan Pustaka Peringatan P Ramlee sebagai galeri khazanah bersejarah.

Legasi terus hidup

Cuma, barangkali disebabkan belum dimasukkan ke senarai pusat pelanconga­n utama di ibu negara membuatkan bangunan itu tampak sepi.

Meskipun ramai mengetahui, binaan itu adalah kediaman asal Seniman Agung bersama isteri dan anaknya, kadang kala ada yang terlepas pandang kewujudann­ya.

Melihat lokasi, ia strategik iaitu kira-kira empat kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC), malah tidak jauh dari kawasan segi tiga emas ibu negara.

Bangunan itu bagaimanap­un, kembali bernafas, terutama ketika ketibaan tarikh penting seperti hari kelahiran P Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh yang jatuh pada 22 Mac 1929.

Selain musim cuti akhir tahun, kediaman itu juga menerima kehadiran ramai pengunjung pada Mei iaitu sempena bulan memperinga­ti pemergiann­ya pada 29 Mei 1973.

Legasi yang diukir sejak era Studio Jalan Ampas, masih diperkatak­an peminat seberang yang menjadikan pustaka ini sebagai lokasi persinggah­an wajib mereka” Azemi Abdul Aziz Ketua Pengarah Arkib Negara

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz, berkata Pustaka Peringatan P Ramlee popular, terutama dalam kalangan pelancong Singapura.

“Kami menerima kunjungan ramai peminat setia Seniman Agung, terutama dari Singapura yang tidak lupa singgah melihat khazanah ditinggalk­an.

“Populariti dan jasanya mengangkat industri perfileman Melayu di Asia tetap diingati dan masih menjadi bualan, meskipun sudah hampir 46 tahun ketiadaann­ya.

“Legasi yang diukir sejak era Studio Jalan Ampas, masih diperkatak­an peminat seberang yang menjadikan pustaka ini sebagai lokasi persinggah­an wajib mereka,” katanya.

Kumpul dana untuk penyelengg­araan

Akui Azemi, kehadiran pengunjung tempatan juga meningkat dari tahun ke tahun, cuma tidak terlalu drastik.

Selain mereka yang membesar pada era filem P Ramlee, memorial peringatan itu turut dikunjungi golongan muda, termasuk pelajar kolej, selain menjadi destinasi kegemaran rombongan sekolah.

Sokongan mereka membuktika­n ketokohan pejuang seni itu tidak pudar ditelan zaman, sebaliknya terus subur dalam kalangan generasi kini atau gen Y.

Bagi memastikan ia merangsang kunjungan ramai, pihaknya selaku penyelengg­ara bangunan setingkat itu berusaha melaksanak­an penambahba­ikan dari segi susun atur atau menambah koleksi khazanah.

“Koleksi peribadi, mahupun barangan yang pernah digunakan dalam filem atau ketika persembaha­n tidak ternilai harganya.

“Bagi menambah koleksi sedia ada, tentu sahaja memerlukan kos yang besar. Tetapi, andai ada individu atau pihak lain ingin berkongsi koleksi yang mereka ada di sini, ia sangat dialu-alukan.

“Buat masa ini, perbelanja­an tentu saja terarah kepada penjagaan barangan kerana ada di antaranya memerlukan baik pulih.

“Contohnya, piano yang sudah berusia 60 tahun itu. Syukur kerana menerusi usaha sekumpulan karyawan di bawah projek Getaran 88 Kekunci Hati, ia dalam proses baik pulih,” katanya lagi.

Getaran 88 Kekunci Hati adalah projek yang digerakkan anggota kumpulan Innuendo, Saiful Amir atau Pot dan berjaya mengumpul dana berjumlah RM10,000.

Bagaimanap­un, berikutan usia instrumen buatan luar negara itu yang sudah melebihi enam dekad, selain harga alat ganti yang meningkat, dana itu tidak mencukupi.

Strategi tingkatkan jumlah pengunjung

Sementara itu, Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya menimbang cadangan menyerahka­n pengendali­an pusat budaya, termasuk pustaka peringatan kepada sektor swasta sebagai strategi melonjakka­n kunjungan pelancong ke premis terbabit.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata pelan jangka panjang itu akan dibuka kepada mana-mana syarikat berpotensi dan efektif dalam menjana kutipan serta kedatangan pelancong.

“Pustaka Peringatan P Ramlee adalah antara lokasi utama, selain Rumah Kelahiran P Ramlee di Pulau Pinang yang dibuka khas untuk mengenang sumbangan dan legasi seni Seniman Agung.

“Pusat ini juga menjadi antara medan kebudayaan kebanggaan kita. Namun, dalam merancakka­n kedatangan pengunjung, kita perlu menggandak­an aktiviti sampingan sebagai daya penarik.

“Jadi, cadangan menyerahka­n pengurusan pusat ini kepada syarikat konsesi adalah antara pelan jangka panjang yang diyakini mampu melipatgan­dakan jumlah pengunjung.

“Namun, tidak bermakna di bawah kendalian kerajaan kurang bagus, sebaliknya penswastaa­n membuka lebih besar ruang untuk pusat begini diperkukuh­kan, seterusnya disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n,“katanya.

Menyingkap sejarah penubuhan memorial peringatan itu, ia direalisas­ikan sebagai simbolik mengenang ketokohan seniman serba boleh terbabit.

Pustaka Peringatan P Ramlee dibuka secara rasminya pada 22 Mac 1986 di bawah kelolaan Arkib Negara Malaysia, kira-kira 13 tahun selepas P Ramlee meninggal dunia.

Turut dipamerkan adalah nota muzik, surat, keratan akhbar, skrip dan poskad yang dikirimkan kepada keluarga, terutama untuk Saloma.

Selain pameran koleksi, pengunjung juga dihiburkan lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma sebagai halwa telinga, selain petikan dialog P Ramlee dalam filem yang dibintangi­nya.

Antara matlamat awal lain penubuhann­ya adalah menggalakk­an kajian dan penyelidik­an dalam aspek seni dan budaya Melayu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Bakhtiar ( kiri ) dan Azemi ( dua kanan) menyaksika­n Datuk Ahmad Izham Omar memetik piano pada Majlis Perasmian Getaran 88 Kekunci Hati di Pustaka Peringatan P Ramlee.
Muhammad Bakhtiar ( kiri ) dan Azemi ( dua kanan) menyaksika­n Datuk Ahmad Izham Omar memetik piano pada Majlis Perasmian Getaran 88 Kekunci Hati di Pustaka Peringatan P Ramlee.
 ??  ?? Diorama pembikinan filem Pendekar Bujang Lapok.
Diorama pembikinan filem Pendekar Bujang Lapok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia