Berita Harian

Konspirasi jatuhkan Norza

Bekas pemain didakwa mulakan gerakan lobi rombak BAM

- Oleh Helmi Talkah

Ketika kepemimpin­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diterajui Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bakal menyambut ulang tahun kedua 29 April

ini, ada cerita kurang enak menyelubun­gi badan induk itu.

Sejauh mana kebenarann­ya, ia tidak dapat dipastikan tetapi timbul spekulasi mengatakan ada konspirasi bagi menjatuhka­n kepimpinan sedia ada yang digerakkan ‘orang luar’ diketuai seorang bekas pemain kebangsaan.

Susulan prestasi hambar barisan pemain negara dalam beberapa kejohanan kebelakang­an ini, pihak terbabit cuba menangguk di air keruh dengan memulakan gerakan bagi melobi untuk merombak kepimpinan diterajui Norza.

Kumpulan itu mahu BAM diuruskan oleh bekas pemain kebangsaan yang dianggap lebih pakar dalam sukan itu.

Malah, difahamkan mereka sudah mempunyai calon bagi diletakkan sebagai presiden yang baharu.

Undi tak percaya

“Siapa yang berada dalam komuniti badminton negara, pastinya ada mendengar mengenai perkara ini. Namun, sejauh mana kebenarann­ya tidak dapat dipastikan.

“Mereka dikatakan menjadikan prestasi tidak menentu pemain negara ketika ini sebagai alasan utama untuk menggerakk­an usaha itu,” kata seorang sumber kepada BH Sukan.

Norza dilantik sebagai Presiden BAM selepas mendapat sokongan penuh daripada ahli majlis badan induk itu pada pemilihan sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 29 April 2017.

Beliau menggantik­an Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang tidak mempertaha­nkan jawatannya tetapi ahli majlis sebulat suara melantikny­a sebagai Presiden Kehormat.

Difahamkan, kepimpinan sedia ada boleh dirombak sekiranya ada usul undi tidak percaya di bawa oleh ahli majlis seterusnya mesyuarat agung luar biasa (EGM) perlu dilakukan.

Bagaimanap­un, sumber berkata, usaha menjatuhka­n kepemimpin­an sedia ada sukar kerana difahamkan majoriti ahli majlis masih berdiri teguh di belakang Norza.

“Saya fikir ia tidak akan menjadi kenyataan. Lagipun, kepimpinan sedia ada baru memasuki tahun kedua, mereka seharusnya diberi peluang melaksanak­an tugas mereka sehingga penggal tamat pada April 2021 dan selepas itu baharu boleh buat penilaian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia