Berita Harian

Irfan sudah ada calon ganti ‘Drogba Ganu’

-

Kuala Terengganu: Walaupun sudah menamatkan kemarau jaringanny­a, kedudukan penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche masih belum selamat.

Ketua jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim, menegaskan tidak ada jaminan buat pemain kelahiran Ivory Coast yang diberi gelaran ‘Drogba Ganu’ sama ada terus kekal menyarung jersi skuad Penyu itu pada jendela kedua perpindaha­n pemain bulan hadapan.

Malah Irfan menjelaska­n dia sebenarnya sudah ada bayangan pemain baharu untuk mengambil alih peranan penyerang itu.

“Kedudukann­ya (Tchetche) sama ada akan kekal dalam skuad TFC selepas jendela kedua perpindaha­n pemain belum muktamad lagi, namun begitu saya sudah bersedia dengan pemain lain.

“Tetapi saya tidak mahu terburu-buru kerana masih ada masa lagi kira-kira tiga minggu untuk memutuskan perkara itu sama ada Tchetche akan terus kekal menyarung jersi TFC atau diganti dengan pemain lain, ia bergantung kepada prestasi pemain itu.

Lain macam

“Bagaimanap­un, ketika bertemu FELDA United, Tchetche bukan hanya mampu menjaringk­an gol, tapi corak permainann­ya lain macam sikit dan semakin meningkat,” katanya.

Ketika menentang skuad The Fighters di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, Jumaat lalu, bekas penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu iaitu 14 gol berjaya membuktika­n ketajamann­ya apabila meledak dua jaringan untuk membantu pasukannya menang 2-1.

Jaringan itu adalah yang pertama dihasilkan pemain itu dalam saingan Liga Super musim ini selepas kemarau gol sejak sembilan perlawanan yang menyaksika­n skuad TFC hanya merekod 11 jaringan, manakala 14 bolos.

 ??  ?? Kipre Tchetche
Kipre Tchetche

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia